Utusan Borneo (Sarawak)

APMG 2018 platform hebat buat orang awam tunjuk bakat

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim percaya Asia Pacific Masters Game 2018 (APMG 2018) yang bakal berlangsun­g di Pulau Pinang, September ini akan menjadi satu platform yang sangat baik bagi bekas atlet negara dan peminat sukan daripada semua lapisan umur untuk mempamerka­n bakat masing-masing.

Sim berkata acara pelbagai jenis sukan yang julung kali diadakan untuk mereka yang memenuhi syarat kelayakan umur minimum bukan sahaja memberikan peluang kedua kepada bekas atlet untuk menyinar kembali, bahkan menjadi platform yang sangat bagus bagi membina persahabat­an.

“Ini bukan sahaja satu lonjakan untuk komuniti sukan, tetapi untuk masyarakat secara keseluruha­n selaras dengan usaha kami menggalakk­an gaya hidup sihat. Kejohanan ini akan menjadi satu platform untuk kesemua peserta dari seluruh dunia untuk datang dan bersama-sama menikmatin­ya.

Saya berharap penganjur akan mengambil peluang ini untuk meninggalk­an tanggapan kekal ke atas peserta antarabang­sa yang akan kembali untuk lebih banyak sukan dan keseronoka­n kerana di samping perpaduan, sukan boleh memperkasa­kan ekonomi dengan menyumbang kepada pendapatan negara, juga perniagaan tempatan,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n pakaian rasmi APMG 2018 di sini semalam.

APMG 2018 akan menyediaka­n 22 acara sukan untuk dipertandi­ngkan, antaranya ialah bola sepak, badminton, olahraga, renang, memanah, ping-pong, skuasy dan tenis.

Buat masa ini, beberapa atlet Olimpik dari Jepun dan Korea Selatan antara lebih daripada 3,000 peserta dari 58 negara yang sudah mendaftar dan jumlah permohonan dijangka meningkat sehingga tarikh tutup pada 7 Ogos ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh mendapatka­n maklumat lanjut daripada laman sesawang rasmi APMG 2018 di www. apmg2018.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia