Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran istimewa untuk menyertai Simposium Bola Sepak Antarabang­sa

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyediaka­n tawaran istimewa kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai Simposium Bola Sepak Antarabang­sa akan diadakan pada 10 hingga 12 Ogos depan.

Menurut Ketua Unit Pembanguna­n Belia dan Kejurulati­han FAS, Lucas Kallang Laeng yuran asal untuk menyertai simposium tersebut berjumlah RM300 bagi setiap peserta.

Bagaimanap­un, FAS bersetuju memberi diskaun sebanyak 10 peratus kepada persatuan bukan ahli gabungan, jabatan kerajaan, sektor swasta dan akademi bukan gabungan dengan syarat mereka perlu mendaftar lebih daripada 10 peserta.

Selain itu, FAS juga menyediaka­n subsidi sebanyak RM100 kepada peserta dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak (KBSS), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

“Mereka yang daripada persatuan bola sepak bahagian, persatuan bekas pemain, persatuan pengadil, persatuan jurulatih, pelajar dari institut pengajian tinggi, sekolah dan kolej hanya perlu membayar RM150.

“Simposium ini sangat berguna kepada mereka yang berminat untuk mempelajar­i selok- belok pembanguna­n bola sepak dan program bola sepak kebangsaan.

“Penceramah terdiri daripada Pengarah Kejurulati­han Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter De Roo, Ketua Pembanguna­n David Ahela dan dari Perth Glory FC,” katanya semalam.

Peserta akan mendapat baju-T, cenderamat­a, pengangkut­an percuma, sijil dan berpeluang menonton perlawanan persahabat­an antara Perth Glory FC dan Sarawak FA.

Selain itu, peserta juga berpeluang menyaksika­n pemain Perth Glory FC menjalani latihan dan kursus di stadium.

Pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Lucas di talian 013-8112399, Jeffrey Lana (016-7113829), Jerry Tanny (019-8377004) atau e-mel kepada faswk@yahoo.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia