Utusan Borneo (Sarawak)

260 pelajar sertai program pencarian bakat menembak

-

KUCHING: Program pencarian bakat menembak diadakan pada Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakk­an dengan kira-kira 260 pelajar dari sekitar Kuching turun untuk mencuba nasib.

Dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dengan kerjasama Persatuan Menembak Sarawak (PMS), program diadakan di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya itu bertujuan mencari bakat baharu untuk melahirkan penembak elit negeri pada 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSS Dr Ong Kong Swee, pihaknya memberikan fokus utama terhadap program tersebut sebagai landasan untuk melahirkan penembak berbakat pada masa akan datang.

Beliau turut memberi jaminan, program tersebut hanya permulaan di mana PSS akan melaksanak­an lebih banyak program sebagai kesinambun­gan dari program tersebut.

“Ini merupakan fasa per- tama program pembanguna­n menembak. Selepas ini, kita bercadang untuk mencari lebih banyak sekolah bagi menyertai program ini terutama dari sekitar Petra Jaya kerana kita mahu mencari seramai mungkin bakat di peringkat akar umbi.

“Malah, kita juga bercadang untuk menubuhkan lebih banyak pusat kecemerlan­gan dalam sukan ini nanti,” katanya memberi taklimat kepada peserta semasa program.

Koordinato­r sukan men- embak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Christina Janggui berkata pihaknya tidak menjangka program tersebut mendapat sambutan begitu menggalakk­an dengan 35 sekolah mengambil bahagian daripada 22 sekolah yang disasarkan pihak mereka.

“Anak perempuan saya meminati ‘paintball’ namun sukan ini lebih baik untuk diceburi kerana beliau boleh mewakili Sarawak satu hari kelak jika beliau bagus. Selain itu, sukan menembak juga baik untuk kesihatan,” komen salah seorang bapa peserta berasal dari Matang.

Bagi pegawai PMS, Niel Parker sambutan menggalakk­an itu membuktika­n golongan belia di sini amat meminati sukan menembak dan ia satu petanda yang baik untuk masa depan Sarawak.

Tegasnya, sebelum ini Sarawak tidak mempunyai fasiliti yang baik namun masih berupaya melahirkan atlet bertaraf antarabang­sa seperti Bibiana Ng.

“Semua ini boleh dicapai jika atlet berpotensi memiliki kualiti asas iaitu penglihata­n yang baik, degupan jantung rendah dan paling penting komited semasa latihan.

“Dengan adanya fasiliti berkualiti, kita mampu mengadakan program pencarian bakat melibatkan lebih ramai peserta berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak mensasarka­n untuk melahirkan ramai penembak bertaraf dunia menjelang 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia