Utusan Borneo (Sarawak)

PTBS anjurkan kejohanan tenis jemputan rai ulang tahun ke-40

-

KUCHING: Sempena ulang tahun ke-40 Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS), satu kejohanan tenis telah diadakan di Kompleks Tenis Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor di Jalan Demak di sini dari 21 hingga 23 Julai lalu.

Menurut kenyataan medianya, seramai 150 pemain melibatkan 10 pasukan termasuk dua dari Semenanjun­g Malaysia iaitu Mobile Coach KL dan AMG dijemput untuk turut serta dalam Kejohanan Trofi Jemputan Ulang Tahun Ke-40 PTBS.

Manakala lapan pasukan lain terdiri daripada PTBS A, PTBS B, Limbang, Kota Samarahan, Sibu, Miri, MAKSAK-Greensport­s dan Sarawak Club.

Pada perlawanan akhir, Mobile Coach KL mengalahka­n PTBS A dalam pertarunga­n menarik yang diputuskan oleh beregu wanita.

Beregu wanita Mobile Coach KL iaitu Salina Mat Samat dan Ngo Ruay Mei menewaskan pasangan PTBS A, 6-4 dan 6-0 pada perlawanan penentuan untuk menjulang piala kejohanan tersebut.

Selaku juara, Mobile Coach KL membawa pulang wang tunai RM5,000, sebuah piala dan pingat, manakala PTBS A menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan pingat.

Untuk tempat ketiga dan keempat, pasukan MAKSAK Greensport menewaskan AMG dengan mata 4-1 dan kedua-dua pasukan tersebut masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,500.

Manakala, peserta suku akhir kejohanan itu iaitu Kota Samarahan, Sibu, Miri dan PTBS B masing-masing menerima hadiah RM700.

Ekoran sambutan yang amat menggalaka­n, PTBS bersetuju untuk mempertimb­angkan kejohonan itu sebagai program tahunan PTBS.

Hadiah-hadiah disampaika­n oleh Timbalan Presiden, Sapie Hanafi dalam majlis ringkas di PTBS pada 23 Julai lalu.

Turut hadir Setiausaha PTBS Faisal Affendie, Bendahari PTBS Ruslan Bujang, pengarah kejohanan Ismail Abdullah dan koordinato­r kejohanan Muhd Syam Mohd Ehsan.

Dalam perkembang­an berkaitan, para peserta kejohanan itu telah diraikan pada majlis jamuan makan malam di Hotel Pullman di sini, barubaru ini.

Dengan tema ‘ Jasamu Dikenang’ sempena mengingati penubuhan persatuan itu pada 1978, majlis itu disempurna­kan Presiden PTBS Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor.

Dalam ucapannya, Bujang merakamkan penghargaa­n kepada mereka yang mempelopor­i penubuhan PTBS termasuk ahli jawatankua­sanya yang telah menyumbang kepada usaha peningkata­n pemain tenis Bumiputera di negeri ini.

Menurutnya, PTBS te- lah melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa seperti Mohd Assri Merzuki dan Muhd Aiman Hamdan yang mewakili Sarawak dan Malaysia pada Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan SEA baru-baru ini.

“PTBS tidak hanya melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa tetapi juga pegawai bertaraf antarabang­sa iaitu Razmi Rawi yang telah mendapat pingat gangsa dalam bidang tersebut.

“Maka itu, saya berharap exco PTBS sekarang akan meneruskan legasi ini dalam usaha membawa persatuan ini ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, seramai lapan individu telah menerima anugerah atas jasa dan sumbangan mereka dalam PTBS pada majlis tersebut.

Antara yang menerima anugerah itu ialah presiden pertama PTBS iaitu Allahyarha­m Dato Sri Noor Tahir yang diwakili oleh anaknya Sapiee Dato Sri Noor Tahir, Allahyarha­m Datu Mustapha Besar yang diwakili isterinya Datin Zauyah, Tan Sri Effendi Nawawi yang diwakili Datuk Abang Ariffin, Datuk Abang Sufian Abang Saufi yang diwakili Abang Ibrahim Abang Saufi, Datuk Aloysius Janalak Idris dan Kahider Zaidell.

Dua penerima anugerah itu lagi ialah Datuk Hafsah Harun iaitu bekas Menteri Budaya, Belia dan Sukan Sarawak pada 1980-an dan Awang Hashim Awang Bujang.

 ??  ?? TAHNIAH: Sapie (tengah) merakamkan kenangan bersama para pemenang Kejohanan Trofi Jemputan Ulang Tahun Ke-40 PTBS di Kuching, baru- baru ini.
TAHNIAH: Sapie (tengah) merakamkan kenangan bersama para pemenang Kejohanan Trofi Jemputan Ulang Tahun Ke-40 PTBS di Kuching, baru- baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia