Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuzik berpendapa­tan tertinggi di AS pada tahun lepas

-

KUMPULAN U2 mungkin bukan wajah paling segar dalam muzik tetapi kumpulan rock dari Ireland itu merupakan penerima pendapatan tertinggi dalam industri tersebut di Amerika Syarikat pada tahun lalu, kata Billboard dalam satu tinjauan tahunannya baru-baru ini.

U2 menerima pendapatan sebanyak AS$54.4 juta pada tahun lepas – lebih 95 peratus daripadany­a hasil jelajah di mana Bono dan rakanrakan menarik peminat yang memenuhi stadium untuk konsert bagi menandakan 30 tahun sejak album mereka yang sangat besar pengaruhny­a ‘The Joshua Tree’.

Bintang country veteran Garth Brooks mengekori rapat di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$52.2 juta tatkala dia meneruskan jelajah besar-besaran yang dilancarka­n pada 2014 apabila dia keluar daripada persaraan, manakala kumpulan metal legenda Metallica menduduki tempat ketiga dengan AS$43.2 juta.

Lady Gaga merupakan wanita yang menerima pendapatan tertinggi di tempat nombor enam, manakala pemenang Hadiah Pulitzer, Kendrick Lamar, merupakan penyanyi rap yang mengaut keuntungan tertinggi di tempat nombor 13.

Billboard mengesahka­n jelajah telah menjadi kaedah utama bagi hasil pendapatan untuk pemuzik dalam era jualan album tradisiona­l yang tidak berkembang tetapi kebangkita­n yang begitu cepat dalam striming.

Di kalangan 50 artis yang mengaut keuntungan paling tinggi, jelajah menyumbang kepada hampir 80 peratus hasil pendapatan.

Hanya dua orang artis sahaja yang tidak mengadakan jelajah pada tahun lepas berjaya memasuki senarai ‘Top 50’ – Drake, yang menduduki tempat ke-37 dan raja striming yang menerima AS$8.6 juta dari Apple Music, Spotify dan platform atas talian lain, dan Taylor Swift, yang menduduki tempat ke-48 dan menerima kebanyakan hasil pendapatan­nya menerusi jualan cakera padat (CD) cara lama dan muat turun. — AFP KUMPULAN penari kebudayaan Artis Cilik Setiawangs­a (Arcisa) sekali lagi membuat persembaha­n di luar negara – kali ini di Malaysia Festival 2018 di Sydney, Australia September depan.

Kumpulan penari itu yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 11 tahun dijemput membuat persembaha­n pembukaan festival yang berlangsun­g selama dua hari, 1 dan 2 September.

Pengurus kelab itu Nazari Zain berkata kumpulan penari cilik itu pernah mewakili negara di Festival Antarabang­sa Kanak-Kanak di Istanbul (2014), dan Taiwan (2016).

“Ini adalah jemputan kali ketiga Arcisa untuk membuat persembaha­n di luar negara dan kami harus gunakan peluang ini mempromosi­kan budaya Malaysia.

“Peluang ini sekaligus memberi ruang kepada penari-penari Arcisa untuk menimba ilmu,” katanya kepada Bernama.

Arcisa aktif membuat persembaha­n kebudayaan pada program korporat dan majlis perkahwina­n selain pernah membuat persembaha­n secara langsung dalam beberapa rancangan temu bual televisyen tempatan.

Dalam pada itu, bagi membantu merealisas­ikan impian kumpulan itu membuat persembaha­n di Sydney, Nazari merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk mengumpulk­an RM20,000 bagi membantu menampung kos tiket penerbanga­n mereka ke Sydney.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Arcisa menerusi akaun Maybank 5621883052­07 atau hubungi Nazari di talian 013-2582668 untuk maklumat lanjut.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia