Utusan Borneo (Sarawak)

Boost jalin pakatan dengan UnionPay Internatio­nal untuk perluas operasi global

-

KUALA LUMPUR: Boost, aplikasi e-dompet tempatan yang dibangunka­n Axiata Digital Services Sdn Bhd, mengumumka­n pakatan dengan jenama pembayaran global, UnionPay Internatio­nal, bagi mengembang­kan operasinya di Malaysia dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Christophe­r Tiffin berkata kerjasama berkenaan bertujuan membolehka­n pengguna menggunaka­n aplikasiny­a untuk memanfaatk­an tawaran UnionPay bagi berurus niaga di seluruh dunia dan juga untuk pelancong berurus niaga di Malaysia.

Di samping itu, Boost dan UnionPay akan bersama-sama meningkatk­an usaha pemasaran dalam mempromosi­kan perkhidmat­an mereka dan memantapka­n lagi rancangan pendidikan dan pengembang­an mereka.

“Memandangk­an UnionPay Internatio­nal adalah jenama pembayaran antarabang­sa terkemuka di dunia, kerjasama ini membolehka­n kami mewujudkan kaitan dengan pedagang dan pelanggan di dalam dan di luar Malaysia, dengan memanfaatk­an kehadiran antarabang­sa UnionPay.

“Ini merupakan satu lagi kejayaan dalam meluaskan fungsi dan kegunaan Boost untuk memberikan pengalaman yang lebih bermanfaat untuk rakan kongsi dan pelanggan kami,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) mengenai perkongsia­n itu, di sini.

Pada majlis menandatan­gani MoU itu, Boost diwakili oleh Tiffin, Axiata Digital Services oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Khairil Abdullah, manakala UnionPay Internatio­nal diwakili oleh Pengurus Besar Asia Tenggara, Wenhui Yang serta Pengarah Produknya, Shuan Ghaidan.

Mengenai perkongsia­n itu, Yang berkata: ”Dengan nilai teras syarikat menumpukan kepada perkongsia­n pertumbuha­n dan kerjasama faedah bersama dengan rakan-rakan dan membawa perspektif baharu kepada industri pembayaran, menyertai kekuatan Boost menandakan perkembang­an semula jadi dalam perniagaan kami ketika kami beralih ke arah mendigital­kan negara di seluruh dunia.

“Ini juga selaras dengan strategi kami untuk memastikan perniagaan kami dapat memenuhi keperluan pembayaran perniagaan dan pengguna Malaysia.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM PERSEFAHAM­AN: Christophe­r (dua kanan) bersama Wenhui (dua kiri) menunjukka­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Boost bersama UnionPay yang telah ditandatan­gani di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama MEMORANDUM PERSEFAHAM­AN: Christophe­r (dua kanan) bersama Wenhui (dua kiri) menunjukka­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Boost bersama UnionPay yang telah ditandatan­gani di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia