Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah baik GLC untuk bergerak ke depan bukan undur ke belakang

Peranan Khazanah sebagai cabang pelaburan strategik k’jaan, mesti diteruskan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu ditambah baik untuk melaksanak­an strategi memandang ke hadapan, dan bukan mengundur ke belakang,” kata Khairy Jamaluddin susulan berita ahli lembaga pengarah ( BoD) cabang pelaburan strategik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, menawar diri untuk meletak jawatan.

Ahli Parlimen Rembau (MP) itu berkata beliau tidak terkejut terhadap tindakan yang diambil oleh ahli lembaga pengarah Khazanah terbabit.

“Tidak menghairan­kan. Ternyata PM (Tun Dr Mahathir Mohamed) belum lagi memberi ruang kepada ( Pengarah Urusan) untuk bertemunya. Mesyuarat Lembaga Pengarah tidak boleh dipanggil. Walaupun akan ada perubahan kelak, saya berharap model GLC (sedia ada) akan diteruskan. Transforma­si GLC merupakan kisah kejayaan. Sudah pasti perlu ditambah baik,” katanya.

Khairy berkata GLC sebagai contoh, dalam sesetengah sektor, melebihi perniagaan swasta.

“Ini isu yang sudah berpanjang­an. Mungkin atas semangat inilah mendorong Perdana Menteri mengulas bahawa ia menyimpang daripada agenda Bumiputera. Oleh itu ia perlu ditambah baik, katanya.

Namun, peranan Khazanah sebagai cabang pelaburan strategik kerajaan, mesti diteruskan, kata Ahli Parlimen itu.

Ia merupakan entiti yang sangat berbeza sejak akhir tempoh pemerintah­an pertama Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri antara 1981 dan 2003, yang pada dasarnya merupakan entiti induk untuk kepentinga­n kerajaan dalam syarikat.

“Tidak ada peranan strategik semasa era pertama Perdana Menteri, namun Khazanah berubah daripada hanya sebuah pemegangan entiti menjadi cabang pelaburan strategik dengan mandat untuk tidak hanya men- ingkatkan nilai aset bahkan membuat pelaburan dalam sektor yang akan memberi manfaat kepada negara.

Khazanah mengambil rakyat Malaysia terbaik dan paling bijak untuk tujuan itu.

“Sayang sekali jika semua yang dibangunka­n digantikan pula dengan mod peniagaan tahun 1990-an.

“Saya bimbang: GLC akan dibubar dan digantikan dengan set baharu peniagaan era 1990-an. Kita pun tahun akhirnya,” kata Khairy. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia