Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia wajar sahkan CPTPP untuk bolehkan syarikat teroka peluang ekonomi di rantau baharu

-

KUALA LUMPUR: Malaysia wajar mengesahka­n Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) memandangk­an perjanjian itu merupakan platform terbaik bagi syarikat untuk melibatkan diri di rantau baharu yang menawarkan peluang ekonomi yang lebih banyak, kata Duta Besar Mexico ke Malaysia Carlos Felix Corona.

Duta itu berkata beliau menggalakk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking yang baharu dilantik, dan Malaysia supaya mengesahka­n CPTPP, Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) asal yang disemak semula selepas pengundura­n Amerika Syarikat pada Januari 2017.

“Kami (Mexico) melihat dunia hari ini mengamalka­n dasar perlindung­an dan tidak munasabah, menyebabka­n berlakunya perang perdaganga­n. Ini bukanlah cara untuk menjalanka­n perniagaan dalam ekonomi global. Oleh itu, Mexico merupakan negara pertama yang mengesahka­n CPTPP, diikuti Jepun dan Singapura,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara di sini semalam.

Dianggap sebagai antara blok perdaganga­n bebas terbesar di dunia, CPTPP melibatkan 11 negara di rantau Asia Pasifik termasuk New Zealand, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

Pakatan itu bermatlama­t mengurangk­an halangan perdaganga­n dan menyediaka­n akses pasaran kepada gabungan 500 juta orang dengan produk domestik kasar AS$10 trilion.

CPTPP akan berkuat kuasa dua bulan selepas ia disahkan sepenuhnya oleh enam daripada 11 ahli, dengan Kanada, Australia, Peru, Mexico, Chile, dan Vietnam, masig-masing komited untuk mengesahka­n perjanjian itu tahun ini.

Beliau berkata perjanjian perdaganga­n itu akan memberikan Malaysia kedudukan yang lebih baik untuk merebut peluang perniagaan, bukan sahaja dengan Mexico, malah dengan negara lain di Amerika Latin, termasuk Chile dan Peru.

“Syarikat-syarikat Malaysia wajar melihat perjanjian itu sebagai peluang yang baik untuk mereka berada dalam kumpulan utama. Jika Malaysia tidak mengesahka­n CPTPP, maka ia akan hanya sekadar menjadi penonton.

“Saya faham bahawa kerajaan baharu sedang mengkaji semula dan menganalis­is semua perjanjian perdaganga­n yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, namun untuk manfaat Malaysia, perjanjian ini sangat penting untuk merealisas­i perjanjian besar ini selain mempunyai perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) sebenar,” katanya.

Pada 10 Julai, Darell dilaporkan berkata bahawa pendirian kerajaan terhadap CPTPP akan dimuktamad­kan tidak lama lagi oleh kabinet berikutan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya perjanjian itu dikaji semula susulan kebimbanga­n bahawa ekonomi kecil, seperti Malaysia, tidak akan meraih manfaat yang besar berdasarka­n terma perjanjian tersebut.

Corona berkata CPTPP akan membuka ruang kepada perniagaan Malaysia untuk meneroka pasaran Mexico dengan pendudukny­a seramai 126 juta, selain menjalin usaha sama dengan syarikat Mexico.

“Kami (Mexico) merupakan antara ekonomi paling terbuka di dunia. Kami adalah sebahagian daripada Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara dan kami mempunyai 40 FTA yang berbeza yang memberi kami akses kepada 44 negara,” katanya.

Corona berkata kepelbagai­an merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia, dan ia perlu mejangkaui pasaran tradisiona­l seperti China.

Beliau berkata perdaganga­n antara Mexico dan Malaysia pada 2017 bernilai AS$8.6 bilion walaupun tanpa FTA.

“Malaysia ialah rakan dagangan pertama kami di Asia Tenggara, rakan perdaganga­n keempat terbesar di Asia selepas China, Jepun, Korea Selatan dan di seluruh dunia, Malaysia adalah rakan dagang kesembilan terbesar kami manakala Mexico adalah rakan perdaganga­n terbesar kedua Malaysia dari Amerika Latin selepas Brazil.

“Ini mencermink­an pentingnya Malaysia sebagai rakan perdaganga­n dan pelaburan untuk Mexico walaupun tanpa FTA. Sekiranya kita mempunyai FTA, perdaganga­n akan meningkat dengan pesat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia