Utusan Borneo (Sarawak)

MPC akan masukkan sumbangan pekerja asing dalam prestasi produktivi­ti

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) akan memasukkan sumbangan pekerja asing kepada prestasi produktivi­ti bermula tahun ini bagi mengukur produktivi­ti buruh sebenar, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Mohd Razali Hussain.

“Kami akan melaksanak­annya, dari segi mengenal pasti produktivi­ti sebenar pekerja tempatan dan dari luar.

“Memastikan dari segi kecekapan dan keberkesan­an. Kami perlu melihat isu-isu dari segi penggunaan inovasi dan tenaga kerja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Produktivi­ti 2017/2018 oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking di sini semalam.

Pada 2017, Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n produktivi­ti pekerja sebanyak 3.8 peratus pada tahap produktivi­ti sebanyak RM81,268 berbanding RM78,294 atau peningkata­n 3.5 peratus pada 2016, yang menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi sebanyak 5.9 peratus dan pada masa yang sama pekerjaan meningkat 2.0 peratus.

Prestasi pertumbuha­n produktivi­ti buruh telah melebihi sasaran nasional sebanyak 3.7 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Dari segi nilai, ia mencapai 88.0 peratus daripada sasaran 2020 sebanyak RM92,300.

Menurut laporan itu, sektor perlombong­an mencatat prestasi kukuh dengan pertumbuha­n produktivi­ti buruh pada 6.8 peratus, diikuti perkhidmat­an (5.0 peratus), pembuatan ( 4.3 peratus), pembinaan (2.4 peratus) dan pertanian (1.4 peratus).

Antara negara Asia terpilih, Malaysia berada pada AS$64,259 dari segi produktivi­ti setiap pekerja, mengatasi Thailand pada AS$31,515, China (AS$30,099), Indonesia ( AS$ 26,336) dan Filipina (AS$20,096).

Bagaimanap­un, pertumbuha­n produktivi­ti Malaysia ketinggala­n di belakang China yang mencatatka­n 7.1 peratus, India 4.3 peratus Filipina 3.9 peratus.

Produktivi­ti buruh Malaysia dijangka berkembang antara tiga peratus dan empat peratus pada 2018, dan akan meraih manfaat daripada pertumbuha­n ekonomi yang positif, yang dianggarka­n antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus tahun ini.

Sementara itu, Darell berkata Malaysia mesti terus meningkatk­an produktivi­ti dalam semua sektor ekonomi, untuk mengekalka­n daya sa- ing globalnya.

“Ini memerlukan transforma­si menyeluruh, yang memerlukan penambahba­ikan produktivi­ti untuk dirangka secara berbeza, bukan sahaja dari segi teknologi, peraturan, struktur industri, bakat dan kemahiran, dan pemacu produktivi­ti, malah lebih penting dari segi pemikiran di semua peringkat,” katanya.

Darell berkata kerajaan akan memastikan ekonomi didorong oleh inovasi dengan memperkena­l dasar yang menggalakk­an perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana, untuk berjaya.

Beliau menegaskan bahawa dasar yang bersandark­an kepada ekonomi terbuka dan kompetitif, pelaburan dan produktivi­ti akan diperkukuh untuk memastikan Malaysia terus mencatatka­n pertumbuha­n mampan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia