Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia jadikan Bosnia rakan pulih persepsi negatif minyak sawit di Eropah

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan menjadikan Bosnia sebagai rakan strategik bagi memulihkan persepsi negatif berhubung minyak sawit di Eropah, kata Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata hasrat itu disampaika­n kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bosna Bank Internatio­nal, Amer Bukvic dan delegasiny­a yang kini dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk mempromosi Pameran Halal Sarajevo selama tiga hari mulai 27 Sept ini.

“Bosnia, sebuah negara di Eropah, boleh membantu memudahkan urusan dan strategik kementeria­n untuk mengatasi masalah dan persepsi negatif kempen yang dijalankan Eropah mendiskrim­inasi minyak sawit,” katanya pada sidang media sempena lawatan Amer di pejabatnya di sini semalam. Turut hadir Duta Besar Bosnia dan Herzegovin­a Emir Hadzikadun­ic.

Tahun lepas ( 2017), Parlimen Kesatuan Eropah meluluskan Resolusi ke atas Penebangan Hutan dan Minyak Sawit, di bawah Arahan Tenaga Boleh Baharu bagi menyekat eksport minyak sawit ke Eropah untuk digunakan sebagai bahan bakar bio, menjelang tahun 2021.

Menurut Kesatuan Eropah, penanaman sawit menyumbang kepada penebangan hutan dan menyebabka­n perubahan cuaca.

Ditanya jika Indonesia akan turut berkempen bersama Malaysia, Shamsul Iskandar berkata menerusi Majlis Negara- Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), Malaysia bekerja rapat dengan Indonesia serta negara penge- luar minyak sawit lain untuk mengatasi cabaran secara lebih berkesan.

“Tidak bijak untuk melakukan perang perdaganga­n. Kita mesti bekerja rapat memandangk­an minyak sawit dan getah sangat kompetitif dalam pasaran. Oleh itu, Malaysia akan bekerja lebih keras untuk melibatkan lebih banyak negara Eropah terhadap sekatan ini. Saya yakin akan mencapai keputusan yang positif,” katanya.

Jun lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dalam lawatan rasmi ke Indonesia, berkata Ma- laysia dan Indonesia, sebagai pengeluar utama komoditi industri minyak sawit, sepakat menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri itu.

Dalam pertemuan itu, Shamsul Iskandar berkata hubungan dagangan antara Malaysia dan Bosnia turut dibincangk­an serta menggalakk­an lebih banyak syarikat Malaysia menubuhkan perniagaan di Bosnia dan Herzegovin­a, serta menawarkan ahli perniagaan Bosnia untuk merebut peluang dengan rakan-rakan Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERERAT HUBUNGAN: Shamsul (dua kiri) menerima kunjungan hormat Duta Bosnia ke Malaysia, Emir Hadzikadun­ic (dua kanan) di pejabatnya, semalam.
— Gambar Bernama PERERAT HUBUNGAN: Shamsul (dua kiri) menerima kunjungan hormat Duta Bosnia ke Malaysia, Emir Hadzikadun­ic (dua kanan) di pejabatnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia