Utusan Borneo (Sarawak)

Tawar persekitar­an beli-belah yang mempromosi gaya hidup bandar

- Oleh Eric Edward

MIRI: Pasar raya gaya hidup terbaharu di Miri, Everrise, semalam menganjurk­an majils pembukaan rasmi cawangan pertamanya di sini di kompleks beli-belah Bintang Megamall.

Berkeluasa­n 25,000 kaki persegi yang terletak di tingkat bawah pusat beli-belah, ia menawarkan persekitar­an membeli-belah yang mempromosi­kan gaya hidup penduduk bandar dengan menawarkan gabungan produk dan perkhidmat­an yang unik.

Pasar raya ini direka khas untuk memudahkan pelanggan meneroka pelbagai makanan yang disajikan di situ.

Selain itu, ia menawarkan pelbagai produk yang diimport dari seluruh dunia yang mempamerka­n buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diimport, coklat, pasta, minuman, wain dan banyak lagi.

Terdapat juga bahagian khusus untuk produk makanan Jepun, Korea dan Barat. Para pelanggan juga boleh ke ‘Bakery Corner’ yang menawarkan pelbagai jenis pastri, roti dan produk bakeri.

Tambahan pula bagi para penggemar makanan Jepun, ‘Sushi Bar’ menawarkan setset sushi yang lazat.

Terdapat bahagian khusus dipanggil ‘Hog & Wild’ yang menawarkan pelbagai hidangan Itali yang siap dimasak dan pelbagai pilihan wain dan keju yang diimport.

Sempena dengan majlis pembukaan rasmi ini, pasar raya Everrise kini sedang menganjurk­an promosi ‘Hadiah Percuma Dengan Setiap Pembelian’ di mana para pelanggan akan menerima pelbagai hadiah-hadiah menarik dengan setiap pembel- ian produk pelbagai jenama di situ. Antara jenama yang dimaksudka­n ialah Darlie, Ibumie, Kao, Kit Kat, Joy, Listerine, Loreal, Shieldtox, Yeo’s dan banyak lagi

Tambahan pula dengan setiap pembelian RM100 ke atas, setiap pelanggan akan menerima kad keahlian seu- mur hidup Everrise percuma yang membolehka­n pelanggan menikmati tawaran harga istimewa, pengumpula­n mata dan penebusan mata untuk baucar tunai.

Untuk maklumat terkini sila lawati : www.facebook. com/myeverrise. Untuk maklum balas dan komen, sila e-mel ke: feedback@everrise. com.my.

Turut hadir pada majlis pembukaan rami termasuk para pegawai kanan Everrise Group iaitu Pengarah Urusan Colin Sia, Pengarah Eksecutif Jeffrey Sia, Pengarah Syarikat, Yeo Siew Hui dan Christina Phang, Pengurus Everrise Bintang Megamall David Chin dan tetamu khas pengerusi kompleks beli-belah Bintang Megamall Dato’ Lau Siu Wai.

 ??  ?? TAMPIL BERGAYA: Dari kiri: David Chin, Christina Phang, Colin Sia, Dato’ Lau Siu Wai, Jeffrey Sia dan Yeo Siew Hui bergambar bersama sebelum upacara memotong reben.
TAMPIL BERGAYA: Dari kiri: David Chin, Christina Phang, Colin Sia, Dato’ Lau Siu Wai, Jeffrey Sia dan Yeo Siew Hui bergambar bersama sebelum upacara memotong reben.
 ??  ?? LENGKAP: Pasar raya Everrise di Bintang Megamall, Miri menawarkan pelbagai keperluan harian.
LENGKAP: Pasar raya Everrise di Bintang Megamall, Miri menawarkan pelbagai keperluan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia