Utusan Borneo (Sarawak)

The Body Shop buka cawangan ketujuh di Pusat Beli-Belah AEON Mall

-

KUCHING: Rangkaian kedai produk lengkap penjagaan diri yang terkemuka di negara ini, The Body Shop kini membuka cawanganny­a yang ketujuh di Pusat Beli- Belah AEON Mall di sini.

Menurut jurucakapn­ya, bersempena dengan pembukaan cawangan baharu itu, The Body Shop menawarkan promosi hebat kepada pelanggan khususnya dari kawasan bandar raya Kuching.

“Promosi ‘Buy 3 Free 1’ selama empat hari sehingga 29 Julai ini adalah untuk semua barangan kecuali produk terbaharun­ya iaitu ‘Fast-absorbing Body Yogurt’, yang dijual di cawangan AEON Mall di sini.

“Sepanjang promosi itu, pelanggan boleh mendapatka­n potongan diskaun sebanyak lima peratus terutama bagi mereka yang menjadi ahli AEON,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bermula daripada produk penjagaan wajah, badan serta alat solek, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan The Body Shop dengan kadar harga berpatutan.

“Antara produk kami yang sangat popular dan terlaris dijual adalah ‘tea tree oil’ yang bagus untuk kulit berjerawat dan juga, ‘ginger shampoo’ untuk penjagaan rambut yang cantik,” katanya.

The Body Shop, katanya, mementingk­an barangan bermutu yang dibuat daripada bahan-bahan pokok, bunga dan herba yang diperoleh dari seluruh dunia.

“Produk kami dijamin 100 peratus vegetarian semula jadi malah kami turut mementingk­an penjagaan alam sekitar serta menentang penggunaan haiwan untuk ujian barangan,” katanya.

Mengenai produk ‘Fastabsorb­ing Body Yogurt’ pula, katanya, produk terbaharu itu adalah sesuai penjagaan kulit yang sihat dan cantik.

“Produk ini tidak melekit, tidak berminyak dan 100 peratus ‘vegan’ semula jadi. Body Yogurt ini mempunyai pelbagai pilihan iaitu ‘ almond milk’, ‘british rose’, ‘strawberry’, ‘moring’a dan ‘mango’.

“Pengunjung yang membeli produk ini layak mendapat potongan harga RM13 jika membeli produk body mist kami,” katanya sambil memberitah­u cawangan baharu, The Body Shop di Aeon Mall Kuching menekankan ‘beat concept’ yang mesra pelanggan dan konsep itu merupakan yang pertama untuk cawangan di seluruh Timur Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dijemput untuk datang beramai-ramai dan membeli- belah barangan penjagaan diri di sini.

“The Body Shop Cawangan di Aeon Mall dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad manakala pada hari Jumaat dan Sabtu, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10.30 malam,” katanya lagi.

 ??  ?? MUDAH DIDAPATI: Pekerja The Body Shop menunjukka­n produk penjagaan diri yang dijual di cawangan baharunya di Aeon Mall Kuching, semalam.
MUDAH DIDAPATI: Pekerja The Body Shop menunjukka­n produk penjagaan diri yang dijual di cawangan baharunya di Aeon Mall Kuching, semalam.
 ??  ?? HEBAT: The Body Shop mengadakan promosi hebat iaitu ‘Buy 3 Free 1’ sehingga 29 Julai ini sempena pembukaan cawngan baharunya di AEON Mall Kuching.
HEBAT: The Body Shop mengadakan promosi hebat iaitu ‘Buy 3 Free 1’ sehingga 29 Julai ini sempena pembukaan cawngan baharunya di AEON Mall Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia