Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbat satu gol pada aksi Piala Juara-Juara Antarabang­sa menentang Atletico Madrid

-

SINGAPURA: Pengurus Arsenal Unai Emery berkata Emile Smith Rowe sudah memperoleh­i kejayaan selepas pemain berusia 17 tahun itu menjaringk­an satu gol cantik dalam kekalahan penalti kepada Atletico Madrid kelmarin di Singapura.

Dua hari sebelum harijadiny­a yang ke-18, Smith Rowe meledakkan gol penyamaan Arsenal dari tepi kotak penalti untuk menyamakan kedudukan 1- 1, sebelum Atletico bimbingan Diego Simeone memenangi penentuan tendangan penalti 3-1 dalam Piala Juara-Juara Antarabang­sa.

Smith Rowe merupakan seorang daripada tiga pemain remaja dalam barisan kesebelasa­n utama selepas Emery merehatkan pemainnya yang bermain dalam kejohanan Piala Dunia – termasuk Mesut Ozil, yang mencetuska­n kegemparan setelah dia bersara dari pasukan kebangsaan Jerman kerana dakwaan rasisme.

Emery gembira untuk pemain tengah kelahiran Croydon itu, yang menyertai beberapa pemain Inggeris yang memberangs­angkan di pinggir pasukan Liga Perdana Inggeris. Namun dia tidak pula menyatakan sama ada dia kini akan diberi peluang dalam perlawanan kompetitif ataupun tidak.

“Gol yang dijaringka­n oleh Smith ini sangat bagus untuknya, untuk pasukan tetapi saya rasa apa yang penting bagi kami ialah semua orang, pemain muda dan pemain baharu, bekerja dengan sangat baik pada hari ini,” kata pengurus dari S e p a n y o l itu. Di bawah peraturan Piala Juara- Juara Antarabang­sa perlawanan terus ditentukan oleh tendangan penalti di mana penjaga gol gantian Atletico, Anton i o Adan, menjadi bintang apabila dia menyelamat­kan tiga tendangan sebelum dia sendiri dengan tenang menyempurn­akan tendangan kemenangan. Simeone juga gembira dengan pasukannya yang muda, yang mengisi tempat pemain senior seperti Antoine Griezmann, Diego Costa dan Koke. “Kami amat gembira dengan prestasi pemain muda, ia adalah masa yang amat baik bagi mereka untuk menunjukka­n tujuan mereka berlatih dan berusaha sejak sekian lama,” kata pengurus dari Argentina itu.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain yang tidak begitu dikenali tetapi Arsenal dominan pada separuh masa pertama sebelum mereka dikejutkan oleh gol empat minit sebelum waktu rehat.

Dalam satu serangan Atletico yang jarang sekali berlaku, Angel Correa menghantar bola lintang dari ‘ byline’ kepada rakannya dari Argentina, Vietto, yang melakukan tandukan yang melepasi penjaga gol baharu Arsenal, Bernd Leno.

Penyerang Perancis Alexandre Lacazette dinafikan dari jarak dekat sebanyak tiga kali, termasuk memaksa penjaga gol Atletico, Jan Oblak, untuk merebahkan seluruh badan bagi menyelamat­kan gawang selepas usaha yang baik oleh Smith Rowe. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENYERLAH: Smith Rowe menjaringk­an gol buat Arsenal ketika menentang Atletico Madrid dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabang­sa yang berlangsun­g di Stadium Antarabang­sa Singapura di Singapura.
— Gambar Reuters MENYERLAH: Smith Rowe menjaringk­an gol buat Arsenal ketika menentang Atletico Madrid dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabang­sa yang berlangsun­g di Stadium Antarabang­sa Singapura di Singapura.
 ??  ?? EMERY
EMERY
 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia