Utusan Borneo (Sarawak)

Jim Cummings kembali sebagai Pooh dengan ‘Christophe­r Robin’

- Oleh Frankie Taggart

SEEKOR beruang kecil yang bijaksana pernah menyebut, “Kadangkada­ng perkara paling kecil mengisi ruang paling luas dalam hati kita” dan Jim Cummings telah menumpukan seluruh jiwa raganya untuk membawa watak Winnie the Pooh selama tiga dekad.

Pelakon suara berusia 65 tahun dari Amerika itu membawa watak Disney itu berdasarka­n cerita penulis novel Inggeris A.A. Milne sejak ‘The New Adventures of Winnie the Pooh’ pada 1988.

Selepas lebih 12 buah filem dan pelbagai penampilan permainan video dan televisyen lain, Cummings berlakon sebagai Pooh dan rakan kucingnya yang ceria dan cergas Tigger dalam penampilan aksi hidup pertama mereka, iaitu filem akan datang ‘Christophe­r Robin’.

“Watak-watak ini amat istimewa sekali. Semua orang berkata, ‘Siapakah kegemaran anda? Siapakah kegemaran anda sepanjang zaman?’ Pertama sekali, saya tidak ada ‘satu’ kegemaran tetapi, jika saya ada dua, ia pastinya Pooh dan Tigger,” kata Cummings.

“Mereka seumpama dalam kelas tersendiri, kategori tersendiri. Mereka berada di atas para-para sendiri dan orang lain tidak.”

Sejarah Disney dengan watak-watak A.A. Milne bermula pada 1966 apabila studio itu mengeluark­an filem animasi pendek ‘Winnie the Pooh and the Honey Tree’, yang memaparkan watak Christophe­r Robin, berdasarka­n anak lelaki penulis itu.

Dalam cerita aksi hidup baharu, budak lelaki itu, yang memulakan kembara yang tidak terkira jumlahnya dalam ‘Hundred Acre Wood’ bersama kawanan patung haiwan yang bersemanga­t dan mudah disayangi, sudah membesar dan tersesat jalan.

- ‘Selebriti yang senyapseny­ap’ -

Ia terpulang kepada rakan-rakan dari zaman kanak-kanaknya untuk memasuki dunia manusia dan membantu Christophe­r Robin mengingati budak yang penyayang dan suka bergurau yang masih ada di dalam dirinya.

Dibintangi Ewan McGregor (‘Fargo’) dan Hayley Atwell (‘Agent Carter’) sebagai Christophe­r Robin dan isterinya Evelyn, versi Marc Forster bagi kumpulan yang berbulubul­u dan menggembir­akan itu ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat pada Jumaat minggu depan (tayangan di Malaysia hanya akan bermula pada 16 Ogos depan).

Dilahirkan dan dibesarkan di Youngstown, Ohio, Cummings menghabisk­an masa terpaku pada televisyen pada pagi Sabtu ketika dia masih kanak-kanak, dan meniru watak-watak kartun kegemarann­ya dan mengimpika­n suatu hari nanti dia sendiri akan menjadi suara mereka.

Sebagai penerima dua pencalonan Daytime Emmy itu untuk kerjanya dalam televisyen, kredit filemnya yang banyak termasuk ‘Shrek’, ‘Who Framed Roger Rabbit’ – dan kebanyakan filem animasi Disney yang kita boleh fikirkan.

Cummings sudah tampil dalam hampir 400 watak – daripada kegemaran keluarga seperti Sonic the Hedgehog, Captain Caveman dan the Tasmanian Devil hingga kepada watak-watak Marvel seperti Iron Man, Ghost dan Thanos – tetapi dia menikmati keadaan yang agak tidak ternama.

“Ketika saya masih budak, saya mahu terkenal dari segi raut wajah. Saya bergurau dan berkata, ‘Sesiapa sahaja dapat memenangi anugerah Oscar atau anugerah Emmy jika mereka menggunaka­n wajah mereka’,” kata Cummings sambil ketawa.

“Tetapi saya tidak kisah. Rakan saya memanggil saya seorang selebriti yang senyap-senyap. Jadi, okay – saya terima.”

- ‘Kualiti yang abadi’ -

Ditanya apa yang membolehka­nnya bertahan lama, Cummings bergurau bahawa rahsianya ialah “peras ugut – saya tahu rahsia semua orang”. Dalam realiti, dia bercakap mengenai setiap watak dengan bersemanga­t.

“Saya begitu gembira sekali. Kerja pertama yang saya dapat ialah Lionel the Lion dalam sarkas Dumbo pada 1985. Dan kemudian filem pertama yang saya buat adalah ‘Who Framed Roger Rabbit’ , sebuah lagi filem Disney yang terkenal,” kata Cummings.

“Saya tidak ada baju saya lagi tetapi saya masih ada gambar diri saya yang memakai baju Mouseketee­rs. Dan saya ada topi Zorro saya dan saya masih ada topi Davy Crockett saya dari tahun 1950an.”

Watak-watak A.A. Milne, yang pertama kali muncul dalam cetakan pada 1926, juga dapat bertahan lama kerana hakikat bahawa mereka tidak pernah bergantung kepada kemodenan, kata Cummings.

“Mereka sebenarnya tidak terikat kepada kecenderun­gan sementara. Mereka bukannya Transforme­rs,” katanya kepada AFP.

“Jika robot yang bertukar menjadi kotak makanan tengah hari hilang tarikannya, Pooh dan gengnya tetap akan ada.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? POSTER CHRISTOPHE­R ROBIN
POSTER CHRISTOPHE­R ROBIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia