Utusan Borneo (Sarawak)

Produk Agromas dalam pesawat AirAsia

FAMA seharusnya merebut peluang tersebut dengan mengambil beberapa inisiatif

-

GOPENG: Syarikat penerbanga­n tambang murah AirAsia berminat untuk menggantik­an barangan makanan dan minuman yang dijual di dalam pesawat dengan produk tempatan di bawah label Agromas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan bersamanya tiga hari lalu.

Katanya dalam pertemuan tersebut, Tony menyatakan sekurang- kurangnya 70 peratus jualan produk makanan udara AirAsia adalah barangan jenama Agromas yang merupakan keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

“AirAsia hendak gantikan jualan udaranya dalam pesawat seperti minuman dan makanan ringan dengan barangan tempatan.

“Tony nyatakan dia mahu supaya hasil pertanian atau industri asas tani dapat diletakkan di AirAsia. Ini peluang penting dan dia (Tony) nyatakan sendiri produk FAMA,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Fiesta Buah, Bunga dan Makanan 2018 (#famafest20­18) di Pusat Transforma­si Luar Bandar di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Salahuddin berkata FAMA seharusnya merebut peluang tersebut dengan mengambil beberapa inisiatif termasuk daripada aspek pembungkus­an.

“FAMA perlu ambil serius perkara ini menerusi penglibata­n yang membina. Mutu, jenama kita akan baiki semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan mewujudkan satu pasar raya khas untuk memasarkan produk Agromas selain meneroka tempat baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai # famafest20­18, Salahuddin berkata acara yang memasuki tahun kedua penganjura­n itu dapat terus dipertingk­atkan daripada semasa ke semasa dalam pelbagai aspek.

#Famafest20­18 yang berlangsun­g selama lima hari sejak 26 Julai lalu dari jam 10 pagi hingga 10 malam antara lain menyediaka­n 301 menu makanan dan minuman popular, 5,000 spesies orkid dengan menyasarka­n 260,000 pengunjung. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Salahuddin (tengah) bersama para mahasiswa mahasiswi UiTM Tapah pada Pelancaran Fruit, Flower and Food Fiesta 2018 (FAMAFest) di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Gopeng, semalam.
— Gambar Bernama TERBAIK: Salahuddin (tengah) bersama para mahasiswa mahasiswi UiTM Tapah pada Pelancaran Fruit, Flower and Food Fiesta 2018 (FAMAFest) di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Gopeng, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMUTU: Salahuddin (tengah) melihat hasil pertanian cili merah pada festival tersebut, semalam.
— Gambar Bernama BERMUTU: Salahuddin (tengah) melihat hasil pertanian cili merah pada festival tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia