Utusan Borneo (Sarawak)

Kes demam denggi meningkat berikutan cuaca hujan dan panas

-

BUKIT MERTAJAM: Kementeria­n Kesihatan mendapati terdapat tren peningkata­n kes demam denggi sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus setiap minggu sejak bulan Mei lepas hingga sekarang di seluruh negara berikutan cuaca hujan dan panas.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye berkata pihaknya memang menjangkak­an perkara itu kerana setiap tahun apabila tiba cuaca hujan dan panas, jumlah kes akan meningkat kerana lava nyamuk aedes lebih banyak.

“Secara keseluruha­n memang ada penurun kes demam denggi iaitu 38,910 kes dari Januari hingga semalam berbanding 55,744 pada tahun lepas iaitu penurunan 31.5 peratus, malah jumlah kematian juga menurun dari 131 kematian pada tahun lepas berbanding tempoh sama hanya 61 kematian tahun ini.

“Tetapi kita lihat ada tren peningkata­n sejak Mei lepas kerana keadaan cuaca hujan dan panas, bila hujan akan berlaku takungan air dan semasa panas lava tersebut akan menetas menyebabka­n banyak nyamuk aedes. Sebab itu kami mahu orang ramai menjaga kebersihan,” katanya pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Pulau Pinang di Taman Pauh Indah, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industei Asas Tani, Pembanguna­n Desa dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah.

Dr. Lee berkata Kementeria­n Kesihatan turut mengambil langkah segera dengan mengenal pasti lokasi banyak berlaku kes demam denggi supaya dapat memusnahka­n tempat pembiakan aedes yang aktif.

Katanya selain itu, pihaknya juga mengambil tindakan bersepadu iaitu gotong-royong secara besar- besaran dengan melibatkan penduduk setempat, ketua komuniti dan agensi kerajaan bagi memastikan tempat pembiakan aedes dimusnahka­n.

“Tanggungja­wab menjaga kebersihan ini perlulah di semai dan dipupuk di kalangan masyarakat terutama dalam membantera­s nyamuk aedes dan demam denggi dan ia tidak boleh ditangani oleh Kementeria­n Kesihatan sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di situ yang menyertai gotong-royong berkenaan Mohd Razak Ahmad,42, berkata masyarakat di kawasan tersebut menyambut baik program itu dan berharap ia dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung penyakit demam denggi yang boleh membawa maut.

“Mungkin gotong-royong seperti ini boleh dilakukan sebulan sekali melibatkan semua pihak terutama penduduk di sini, bila kawasan bersih baharu tiada nyamuk aedes dan tiada kes demam denggi kerana sebelum ini banyak kes demam denggi direkodkan di Taman Pauh Indah,” katanya. — Bernama MEKAH: Kurang latihan fizikal semasa di tanah air, di samping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang meminum air adalah antara penyebab utama kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan jatuh sakit semasa di Tanah Suci.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohd Shaffari Marzuki berkata bagi musim haji 1439H, seramai kira-kira 1,600 jemaah yang majoriti berumur 60 tahun dan ke atas telah mendapatka­n rawatan pesakit luar di pusat rawatan dan klinik- klinik maktab setakat ini.

“Walaupun kebanyakan jemaah kita bersemanga­t tinggi, saya rasa kemampuan fizikal itu masih perlu dipertingk­atkan terutamany­a semasa mereka berada di tanah air lagi.

“Kekurangan latihan fizikal, ditambah dengan amalan pemakanan yang tidak betul, mengakibat­kan kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan mengalami sakitsakit sendi dan lutut apabila menunaikan ibadah di sini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pihak Tabung Haji (TH) te- lah menekankan aspek kepentinga­n kesihatan fizikal, mental dan sosial semasa sesi-sesi kursus yang dianjurkan di tanah air, namun kebanyakan jemaah terutama yang berusia 60 tahun ke atas dilihat masih perlu memperting­katkan aspek kesihatan fizikal.

“Kebanyakan jemaah yang berusia 60 tahun ke atas ini juga sudah ada penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya, di samping tabiat merokok, menyebabka­n mereka mudah terdedah kepada penyakit terutamany­a dengan keadaan cuaca yang panas.

“Di Malaysia lagi kami sudah tekankan kepada para jemaah, sekiranya mereka mempunyai masalah seperti kencing manis atau darah tinggi, ia perlu distabilka­n terlebih dahulu dengan amalan sihat seperti berjalan kaki selama 30 minit sehari,” kata Dr Mohd Shaffari.

Jemaah juga katanya telah dinasihatk­an untuk mengamalka­n pemakanan yang seimbang dan meminum air yang cukup, di samping melatih tahap ketahanan mental.

Sementara itu, Dr Mohd Shaffari berkata pasukan rombongan perubatan TH pada tahun ini mempunyai seramai 266 anggota perubatan yang terdiri daripada beberapa disiplin iaitu pakar-pakar, pegawai perubatan, doktor bidang pergigian, bahagian farmasi dan penyelidik makmal.

“Kami mempunyai tiga pusat rawatan di Tanah Suci, iaitu satu di Madinah dan dua di Mekah. Kami juga mempunyai khidmat panggilan kecemasan dengan kekuatan ambulans 20 buah,” katanya.

Beliau berkata pusat rawatan yang diberi nama Pusat Rawatan Syisyah ini akan menerima kes-kes yang dirujuk dari klinik-klinik maktab dan pusat kecemasan Janadriyah di pusat penginapan Abraj Al-Janadriyah sekiranya ada keperluan.

“Jika kita lihat pada statistik yang lepas, pesakit luar ini banyak melibatkan batuk dan selesema, selain masalah sendi dan sakit lutut akibat banyak berjalan dan juga penyakit kulit akibat cuaca panas.

“Untuk pesakit dalaman pula, rawatan yang kerap kami berikan adalah masalah berkaitan radang paru-paru dan penyakit jantung, masalah utama yang menyumbang kepada kematian jemaah semasa di Tanah Suci,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Mohd Shaffari memeriksa bekalan ubat di Pusat Rawatan TH Syisyah dekat Mekah, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Mohd Shaffari memeriksa bekalan ubat di Pusat Rawatan TH Syisyah dekat Mekah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia