Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain City kembali dari bercuti untuk membantu usaha Guardiola

-

MIAMI: Pemain Manchester City yang bermain di kejohanan bola sepak Piala Dunia telah membuat keputusan untuk kembali dan berlatih awal bagi membantu usaha pengurus, Pep Guardiola mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Juara Inggeris itu mempunyai 16 pemain yang bermain di Rusia dan pemain seperti Kevin De Bruyne, Vincent Kompany, John Stones, Kyle Walker, Fabian Delph dan Raheem Sterling dijangka tidak akan kembali sehingga hujung minggu depan.

Semua pemain diberi cuti tiga minggu dari saat pembabitan mereka di kejohanan itu berakhir.

Namun Guardiola mendedahka­n kelmarin bahawa hanya dua sahaja anggota skuadnya tidak ada untuk perlawanan Community Shield menentang Chelsea pada 5 Ogos untuk membuka tirai bagi musim baharu.

Guardiola, yang bercakap menjelang perlawanan terakhir jelajah City di Amerika Syarikat menentang Bayern Munich di Miami semalam, berkata: “Kebanyakan mereka akan kembali. Kami hanya ada empat atau lima hari untuk bersiap sedia bagi perlawanan akhir pertama ( Community Shield), jadi kami perlu menyesuaik­an diri.

“Beberapa orang daripada mereka kembali sebelum, ada yang kembali selepas perlawanan akhir itu.

“Kami memerlukan pemain untuk perlawanan akhir itu tetapi jika mereka tidak kembali, kita akan bermain dengan pemain yang ada di sini.

“Ia bukan situasi yang ideal, kami lebih suka untuk bersama tetapi ia adalah sama bagi Niko Kovac (pengurus Bayern) atau bagi pengurus lain – kalendar adalah kalendar, jadi kami perlu menyesuaik­an diri.”

Guardiola menegaskan tiada langkah besar akan diambil untuk menambah baik skuadnya sebelum jendela perpindaha­n ditutup, dan ketibaan Riyad Mahrez pada musim panas dari Leicester adalah satu-satunya urusannya setakat ini.

“Jika ada, kami menandatan­gani seorang lagi tetapi buat masa sekarang, kami kekal dengan apa yang kami miliki,” kata pengurus City itu.

“Ia begitu mahal dan kami berbelanja banyak pada tahun lepas kerana kami mempunyai skuad yang tua. Mungkin satu (akan masuk), mungkin tidak.”

Guardiola menghabisk­an masa selama tiga tahun di Munich dan menegaskan waktunya di Jerman adalah umpama satu “impian” – walaupun dia gagal untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Saya mempunyai perspektif yang lebih baik sekarang selepas saya mengimbau masa saya di sana dan ia sentiasa positif,” katanya.

“Dalam masa tiga tahun, terdapat saat-saat yang baik dan buruk. Impian itu adalah untuk memenangi Liga JuaraJuara. Kami nyaris melakukann­ya. Saya masih ada rakan dan sebuah pangsapuri di sana.

“Saya tidak akan pernah bercakap buruk mengenai Bayern.” — AFP

 ??  ?? IWOBI
IWOBI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia