Utusan Borneo (Sarawak)

Bremen tandatanga­ni Klaasen dari Everton

-

BERLIN: Laporan kelmarin mengesahka­n Werder Bremen telah menandatan­gani pemain yang kekok di Everton, Davy Klaassen, selepas mereka dikatakan memecah rekod kelab dengan pembayaran setinggi 14 juta euro (RM35.8 juta) untuk pemain antarabang­sa Belanda itu.

Pemain tengah itu meninggalk­an Goodison Park selepas dia gagal untuk membuat impak selama 12 bulan sejak Everton membayar 27.3 juta euro (RM128.3 juta) kepada Ajax untuknya, dan Bremen dilaporkan memberi kontrak selama empat tahun kepada Klaassen.

Selepas membuat hanya 16 penampilan sahaja pada keseluruha­nnya, dan hanya tiga sahaja permulaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Everton pada musim lepas, Klaassen kini berharap untuk melancarka­n kariernya dalam Bundesliga bersama Werder.

Pemain antarabang­sa Belanda itu akan menggantik­an pemain tengah Denmark Thomas Delaney yang meninggalk­an Bremen untuk menyertai Borussia Dortmund pada bulan lepas dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai 20 juta euro (RM94 juta).

Delaney menjaringk­an tiga gol dalam 32 perlawanan liga pada musim lepas.

Selepas diberitahu oleh pengurus baharu Everton Marco Silva bahawa dia tidak ada tempat dalam rancangann­ya, Klaassen percaya dia sudah menjumpai tempat yang sesuai di kelab Bundesliga itu.

“Ia penting bagi saya untuk tahu ke mana sebenarnya hala tuju perjalanan di atas padang dan cita- cita kelab telah meyakinkan saya,” katanya dalam laman sesawang Werder.

“Selepas perbincang­an saya dengan ( jurulatih Bremen) Florian Kohfeldt, saya ada rasa yang sangat bagus bahawa saya dapat memberi sumbang yang penting di sini dengan keupayaan saya.

“Saya mahu membuktika­n bahawa saya dapat membuat impak besar di sini.

“Ketua jurulatih mahukan corak bola sepak menyerang yang sangat terbuka dan saya amat teruja mengenainy­a.”

Jurulatih Bremen, Kohfeldt, mengetuai delegasi pegawai Werder yang terbang ke England pada awal minggu ini bagi meyakinkan Klaassen untuk datang ke utara Jerman.

“Kami menerangka­n dengan jelas matlamat kelab kami kepadanya: apa yang kami mahu capai, bagaimana kami mahu bermain dan betapa istimewany­a kelab Werder,” kata pengurus Bremen itu kepada majalah Kicker.

“Dengannya, kami membawa pemain tepat yang kami mahukan ke Bremen.

“Kami sudah memantauny­a sejak sekian lama dan gembira bahawa peluang ini sudah terbuka.

“Dengan kepekaan strategikn­ya, Davy dapat menentukan rentak bagi perlawanan, mengagumka­n dengan kreativiti­nya dan pada waktu yang sama, dia adalah kuat dan agresif.

“Dia akan menjadi bahagian yang kuat dalam permainan kami.”

Bremen, yang menduduki tempat ke-11 dalam liga utama Jerman pada musim lepas, memulakan kempen 2018/19 dalam Bundesliga di stadium sendiri menentang Hanover 96 pada 25 Ogos. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia