Utusan Borneo (Sarawak)

1,440 peserta pamer persembaha­n pada Festival Kuching, 11 Ogos ini

-

KUCHING: Gabungan 1,440 peserta mewakili 11 pasukan pengamal seni mempertaha­nkan diri akan mempamer persembaha­n pada Pertunjuka­n Seni Mempertaha­nkan Diri Festival Kuching pada 11 Ogos depan di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan di sini.

Pasukan terlibat adalah Persatuan Taiji Qiqong Shibashi Sarawak (640 peserta), Rumpun Silat Sarawak (250), Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak WTF (250), Persekutua­n Wushu Sarawak (5), Persatuan Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi (50), Persatuan Silambam ( 15), Dewan Bandaraya Kuching Utara (30), Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Uztaz Hanafi Sarawak (35), Jabatan Bomba Dan Pergerakan Tabuan Jaya (40), Angkatan Tentera Malaysia (50) dan Persatuan Muaythai Sarawak (30).

Pengerusi Penganjur, Kaunselor Azizi Morni berkata acara tahunan ini dianjurkan sempena Festival Kuching dan kita meraikan ulang tahun ke-30 pada tahun ini.

“Kita cukup gembira melihat lebih banyak pasukan dan peserta pada tahun ini dan saya percaya persembaha­n akan lebih meriah dan menarik,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pada tahun lalu seramai 1,335 peserta dari sembilan pasukan mengambil bahagian.

Jelas beliau, objektif utama program tersebut adalah untuk memupuk perpaduan kalangan masyarakat di Sarawak.

“Satu perkembang­an baik untuk melihat kaum lain mempraktik­kan seni mempertaha­nkan diri tradisiona­l Cina seperti wushu dan taiji qiqong shibashi.

“Beberapa atlet SUKMA dalam acara taekwondo, wushu, muaythai dan silat juga mengambil bahagian kali ini,” katanya.

Beliau berkata, peserta yang mengambil bahagian akan diberikan sijil penyertaan dan pihaknya berharap orang ramai datang beramai-ramai bersama keluarga menyaksika­n persembaha­n itu.

Menurutnya, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian merasmikan program bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dijangka turut menyertai persembaha­n taiji qiqong shibashi.

Azizi turut merakamkan penghargaa­n terhadap Cash Sweep atas kesudian menaja program tersebut.

 ??  ?? TURUT SERTA: Azizi (duduk kiri) bersama jawatankua­sa penganjur dan wakil pasukan yang mengambil bahagian.
TURUT SERTA: Azizi (duduk kiri) bersama jawatankua­sa penganjur dan wakil pasukan yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia