Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hantar 15 atlet remaja sertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan

-

KUCHING: Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) menghantar 15 atlet remaja menyertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Taekwondo Malaysia (WTF)-NSC-Milo Ke-9 yang bermula semalam di Kampar, Perak.

Kontinjen negeri diketuai Pengerusi Teknikal Taekwondo Negeri merangkap Ketua Jurulatih Tan Check Joon, Pengurus Pasukan, Chung Chuan Pin dan jurulatih, Liu Tsu Ien dan Duong Thi Huynh.

Turut serta dua pengadil antarabang­sa dari Sarawak, Pui Jak Joon dan Joseph Chang.

Semua atlet Sarawak akan bersaing dalam acara kyorugi dan poomsae.

Bagi acara kyorugi, atlet mengambil bahagian ialah Tie Sing Da (terbuka lelaki – fin weight), Tie Ton Siong (terbuka lelaki – fly weight), Alan Chiew (terbuka lelakibant­am weight), Licky Donny Ling (terbuka lelaki – feather weight) dan Jasline Jacob Kilder (terbuka wanita – fin weight).

Manakala acara poomsae dibahagika­n kepada kategori individu, berpasukan dan beregu campuran disertai Nur Humaira, Monical Lo, Annatashia Ali Ding, Augustine Rudy, Emmanuel Jose Buma, Nurul Hidayah, Nur Ifa Husna, Marylyne Bungan, Christophe­r Leo dan Agnes Sii.

Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Azizul Annuar Adenan berkata lima atlet yang bertanding dalam acara kyorugi iaitu Sing Da, Ton Siong, Chiew, Donny Ling dan Jasline turut layak bertanding pada SUKMA di Perak pada September depan.

Katanya, atlet poomsae Nur Ifa dan juara pada SUKMA 2016, Augustine dan Nurul Hidayah juga prospek pingat emas pada SUKMA Perak nanti.

“Saya sangat gembira melihat beberapa muka baharu dipilih pada kejohanan hujung minggu ini yang akan menjadi pendedahan berguna kepada mereka,” katanya.

Beliau juga berharap mereka dipilih pada kejohanan kebangsaan itu dapat memberikan yang terbaik untuk memenangi pingat buat Sarawak.

 ??  ?? SEDIA BERSAING: Skuad taekwondo Sarawak diketuai Tan (dua kiri), barisan pegawai, jurulatih dan atlet sebaik tiba di venue kejohanan di Kampar, Perak.
SEDIA BERSAING: Skuad taekwondo Sarawak diketuai Tan (dua kiri), barisan pegawai, jurulatih dan atlet sebaik tiba di venue kejohanan di Kampar, Perak.
 ??  ?? JOM SERTAI: Raymond (lima kiri), Linda (empat kiri), Anna (lima kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sa pengelola pada sidang media semalam.
JOM SERTAI: Raymond (lima kiri), Linda (empat kiri), Anna (lima kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sa pengelola pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia