Utusan Borneo (Sarawak)

Angka kematian serangan etnik meningkat kepada 17

-

BAMAKO: Angka selepas satu serangan antara etnik di tengah Mali, yang berlaku ketika peringkat awal untuk pilihan raya penting, telah meningkat dari sekurang-kurangnya tiga kematian kepada 17, menurut sumber kelmarin.

Beberapa lelaki bersenjata yang dikatakan sebagai pemburu tradisiona­l telah menyerang kampung Somena pada Rabu lepas, menandakan pergolakan terbaharu di antara penduduk nomad Fulani dan peladang dari komuniti Bambara dan Dogon.

Abdoul Aziz Diallo, presiden Tabital Pulaaku, pertubuhan utama Fulani di Mali, menyataka 17 orang telah meninggal dunia.

“Kami menemui semua mayat penduduk awam Fulani yang telah dibunuh dan dibuang ke dalam sebuah perigi oleh pemburu Dogon,” kata beliau.

Angka kematian seramai 17 orang, dilakukan oleh “lelaki bersenjata”, telah disahkan secara bebas oleh seorang pegawai kerajaan Mali yang tidak memberikan maklumat lanjut.

Pada 17 Julai, Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (UNHCR) menyatakan sekurang-kurangnya 289 orang awam telah terbunuh dalam “keganasan antara kaum” sejak awal tahun.

Hampir 77 peratus dari insiden kejam berlaku di wilayah tengah Mopti, menurut UNHCR. Para pengundi Mali pergi ke pusat pengundian pada hari ini bagi melantik seorang presiden baharu.

Pemimpin sekarang, Ibrahim Boubacar Keita, yang telah dilantik pada 2013, telah dituduh oleh pihak lawan sebagai tidak kompeten.

Sebagai tambahan kepada pertempura­n etnik, keganasan pejuang jihad telah merebak dari utara Mali ke bahagian tengah dan selatan serta merebak hingga ke negara jiran Burkina Faso dan Niger, selalunya mencetuska­n konflik perkauman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia