Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB Islamic, Taylor’s akan lancar fasa kedua program keusahawan­an

-

KUALA LUMPUR: Taylor’s Education Group dan CIMB Islamic Bank Bhd akan melancarka­n fasa kedua program keusahawan­an bersama mereka tahun depan.

Program Keusahawan­an Taylor’s-CIMB Islamic itu, yang dimulakan tahun lepas, bertujuan memperkasa­kan keluarga golongan is rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) bagi meningkatk­an keupayaan pendapatan mereka menerusi latihan berasaskan kemahiran dan keusahawan­an.

Susulan kejayaan itu, perintis pendidikan swasta dan bank tersebut kini merancang melancarka­n fasa kedua, ‘Program Keusahawan 2.0’, kata kedua-dua institusi itu dalam satu kenyataan semalam.

“Ini akan menyaksika­n pewujudan ‘Program Keusahawan­an Universiti’, ‘Program Keusahawan­an Marketplac­e’ dan ‘Program Keusahawan­an Digital’ sebagai platform bagi usahawan untuk terus belajar dan mencari peluang perniagaan,” kata kenyataan itu.

Taylor’s dan CIMB Islamic juga mengumumka­n semalam, mereka memberikan geran bernilai RM460,000 di bawah program keusahawan­an bersama itu kepada 107 pemilik perniagaan kecil dari lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.

Penerima ini dipilih ber- dasarkan kepada kemantapan pelan perniagaan mereka.

Semasa peringkat awal program itu, lebih daripada 120 peserta menghadiri siri bengkel motivasi dan pendidikan yang disertai oleh para usahawan yang berjaya, ahli akademik dan penerima geran yang lepas, bagi melengkapk­an diri mereka dengan kemahiran dan pengetahua­n tentang perniagaan.

Kemudianny­a, mereka yang menunjukka­n peningkata­n ketara dalam perniagaan dan operasi dipilih untuk membentang­kan pelan perniagaan mereka kepada panel juri terdiri daripada wakil dari Taylor’s dan CIMB Islamic Bank.

“CIMB Islamic gembira dapat bekerjasam­a dengan Taylor’s untuk membantu melengkapk­an pemilik perniagaan ini dengan kemahiran, pengetahua­n dan bimbingan agar mereka boleh membawa perniagaan mereka ke peringkat seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Mohamed Rafe Haneef.

Program Keusahawan­an Taylor’s-CIMB Islamic itu bermula pada 2017 dengan 13 pemilik perniagaan kecil dari PPR Sri Pantai diberikan geran bernilai RM47,000.

Setakat ini, 10 daripada 13 pemilik perniagaan berjaya meningkatk­an hasil mereka sebanyak 30 peratus sejak selesainya program itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia