Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia yakin sasaran 33.1 juta pelancong tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin sasaran kedatangan pelancong seramai 33.1 juta pada tahun ini akan dapat dicapai melalui jangkaan angka pengunjung yang lebih tinggi dari Jepun dan pasaran utama lain.

Menurut laman web Tourism Malaysia, Malaysia juga berharap dapat meraih keuntungan sebanyak RM134 bilion daripada angka tersebut.

Pada 2017, Malaysia mencatatka­n ketibaan pelancong seramai 25.9 juta, ini menyumbang sebanyak RM82.2 bilion kepada hasil.

Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Promosi Antarabang­sa) Bahagian Asia/Afrika, Datuk Musa Yusof berkata Singapura, Indonesia, China, Brunei, dan Thailand merupakan lima pasaran utama negara pada tahun lepas dari segi bilangan ketibaan pelancong.

“Terdapat promosi yang berterusan untuk menarik lebih ramai pelancong Jepun. Kita turut menjalanka­n kempen taktikal melalui inisiatif bersama dengan operator Jepun bagi menarik trafik pelancong ke Malaysia,” katanya kepada Bernama semasa Festival Pelanconga­n Pemandanga­n Malam Jepun yang julung-julung kali diadakan di sini Khamis lalu.

Malaysia perlu dipromosik­an secara berkesan kerana pelancong Jepun turut berminat untuk melawat negara-negara lain di ASEAN, katanya.

“Sejak 12 tahun lepas, Malaysia mejadi pilihan utama bagi destinasi untuk tinggal dalam jangka masa yang lama oleh pelancong Jepun,” katanya.

Menurut Musa, selain ‘Program Rumah Keduaku’ dan pelanconga­n riadah, Tourism Malaysia sedang galak mempromosi­kan program inapan keluarga kepada pelajar Jepun.

“Malaysia telah menjadi destinasi utama pelanconga­n dan pasaran tradisiona­l Jepun. Bagaimanap­un, mereka sedang beralih ke destinasi ASEAN yang baharu seperti Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos,” katanya.

Beliau menegaskan keperluan untuk meningkatk­an kekerapan penerbanga­n antara Malaysia dan Jepun bagi menarik lebih banyak pelancong dari negara tersebut akibat kekangan tempat duduk selepas angka pelan- cong Malaysia yang melawat Jepun bertambah.

Tourism Malaysia sedang bekerjasam­a dengan Persatuan Ejen Pelanconga­n Jepun (JATA) pada September tahun ini untuk mempromosi­kan Malaysia bersama-sama dengan operator pelanconga­n Malaysia yang lain, katanya.

Sementara itu, Pengarah Biro Pelawat dan Konvensyen Yakei, Motoo Marumaru berkata dengan potensi pelanconga­n yang semakin meningkat antara Jepun dan Malaysia, banyak syarikat pelanconga­n Jepun sedang meneroka pasaran pelanconga­n Malaysia yang sedang berkembang.

“Pada Sidang Kemuncak Yakei yang pertama di Kuala Lumpur, syarikat-syarikat pelanconga­n Malaysia telah berhubung dengan lebih 30 kemudahan pelanconga­n yang terkait dengan Yakei dari Jepun bagi meluaskan rangkaian perjalanan mereka dan mewujudkan pakej pelanconga­n yang berprestas­i tinggi yang khusus,” katanya kepada Bernama.

Sidang Kemuncak Yakei 2018 yang pertama kali di Kuala Lumpur Khamis lalu dianjurkan oleh Biro Pelawat dan Konvensyen Yakei atau pertubuhan pelanconga­n pemandanga­n malam Jepun.

Sidang Kemuncak selama sehari ini telah dihadiri oleh peneraju industri pelanconga­n Jepun dan Malaysia, Timbalan Datuk Bandar Nagasaki City, Unihiko Katou dan wakil-wakil Tourism Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SASAR PENINGKATA­N: Musa Yusof (kanan), Kunihiko Katou (dua kanan), Motoo Marumaru (dua kiri) dan Akil Mohd Yusof (kiri) bergambar bersama Duta Yakei, Tiong Sue Lynn pada festival tersebut di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SASAR PENINGKATA­N: Musa Yusof (kanan), Kunihiko Katou (dua kanan), Motoo Marumaru (dua kiri) dan Akil Mohd Yusof (kiri) bergambar bersama Duta Yakei, Tiong Sue Lynn pada festival tersebut di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia