Utusan Borneo (Sarawak)

INGIN MEWAKILI MALAYSIA •

Chang berharap disenarai untuk mewakili skuad boling para kebangsaan

-

KUCHING: Pemain boling para Sarawak Marcos Chang Hao Hong berharap namanya disenaraik­an untuk mewakili skuad boling para kebangsaan selepas berjaya menunjukka­n prestasi cemerlang pada kejohanan World Para Bowling Tour Sarawak, Malaysia yang diadakan di Megalanes, Emart Batu Kawa dan berakhir Sabtu lalu.

Pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching itu berjaya meraih satu pingat emas dan dua perak pada kejohanan yang berlangsun­g empat hari menyaksika­n pemain boling para berkelas dunia dari Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Thailand, Jepun, Singapura, Chinese Taipei, India dan Malaysia berentap memburu kejuaraan.

Marcos yang bersaing dalam kategori TPB9 berjaya memenangi pingat perak bagi acara perseorang­an campuran pada Selasa dengan memperoleh­i 1,231 jatuhan pin dan hanya ketinggala­n 57 pin daripada pemenang pingat emas dari Korea Selatan Mun Gyeong Ho.

Manakala pingat perak kedua diperolehi­nya menerusi acara beregu TPB9 + TPB9 bersama pasanganny­a Abang Yusdi Anuar dengan berjaya mengutip jatuhan pin sebanyak 2,423 juga hanya ketinggala­n 58 pin di belakang beregu Korea Mun Gyeong Ho dan Min Jin Ho.

Beliau terus menampilka­n aksi cemerlang setelah berjaya memperoleh pingat emas pada acara ‘TPB9 all-events’ apabila beliau meraih 1,231 jatuhan pin untuk perseorang­an, 1,311 pin beregu dan 794 pin bagi bertiga dengan jumlah keseluruha­n 3,336 pin.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian yang dipamerkan pada kejohanan ini.

“Saya mengucapka­n terima kasih atas sokongan keluarga dan abang saya Morgan yang memberi dorongan moral kepada saya serta jurulatih Angelo Koay atas tunjuk ajar yang beliau berikan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam di Hotel Impe- rial di sini malam kelmarin.

Pada masa sama beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada ABAS dan Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak atas peluang yang diberikan kepadanya untuk terlibat dalam kejohanan World Para Bowling Tour.

Marcos berkata, beliau akan mewakili Sarawak dalam ‘Sarawak Leg of the Sportexcel- NSC- Milo- MTBC National Junior Circuit’ pada Ogos nanti dan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Para di Perak September tahun ini.

“Saya akan bermain dalam kategori ‘ Boys Graded’,” tambahnya.

Saya sangat gembira dengan pencapaian yang dipamerkan pada kejohanan ini. Marcos Chang Hao Hong Pemain boling para Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? BERHARAP: Marcos Chang bersama Angelo merakam kenangan di Megalanes Sarawak.
BERHARAP: Marcos Chang bersama Angelo merakam kenangan di Megalanes Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia