Utusan Borneo (Sarawak)

Unit-unit khas PBSM Cabang Miri amat dihargai

-

MIRI: Unit-unit khas dalam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri terus memainkan peranan penting memberi perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

Bahkan, semangat sukarela ahli PBSM juga telah mendapat penghargaa­n dan pengiktira­fan kerajaan khasnya dalam menyalurka­n perkhidmat­an tanpa mengira masa, tenaga dan wang.

Berbangga dengan pencapaian itu, Pengerusi PBSM Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berharap PBSM akan terus mempromosi­kan semangat sukarela di peringkat akar umbi.

“Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran, namun peranan PBSM dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada golongan memerlukan tidak pernah terhakis,” katanya pada Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di sini, semalam.

Dr Chan berkata, PBSM Miri telah mewujudkan beberapa unit khas seperti Unit Link, Belia, VAD, 3R, Derma Darah, Pusat Dialisis Miri dan Pusat Sunflower.

Pusat Dialisis Miri contohnya, memainkan peranan dalam mengurangk­an beban pesakit buah pinggang terutama jika melibatkan kos rawatan dan perubatan yang tinggi.

“Ia adalah sumbangan kita kepada masyarakat untuk meringanka­n beban pesakit buah pinggang di samping bekerjasam­a menganjurk­an kempen derma darah untuk disalurkan kepada Bank Darah Miri,” jelasnya.

Malahan, Pusat Sunflower dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga diwujudkan bagi membantu mendidik kanakkanak istimewa.

“PBSM Miri merupakan salah satu contoh NGO yang tidak mencari keuntungan sendiri tetapi memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mengalami bencana, derita atau sakit,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu ahli PBSM terbabit membudayak­an semangat sukarela dalam masyarakat serta tidak mengharapk­an sebarang bentuk balasan.

“PBSM Sarawak juga berharap lebih ramai masyarakat terlibat dan menyertai badan beruniform itu dalam menjalanka­n kerja- kerja sukarela yang pelbagai,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Pengerusi Perayaan Hari Palang Merah Sedunia Miri Selvaraj Grapragase­m.

 ??  ?? PERIKSA: Dr Chan melakukan pemeriksaa­n kontinjen perbarisan ditemani Selvaraj (kiri) pada Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di Miri, semalam.
PERIKSA: Dr Chan melakukan pemeriksaa­n kontinjen perbarisan ditemani Selvaraj (kiri) pada Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia