Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Chung Hua Miri ungguli perbarisan Hari Palang Merah Sedunia

-

MIRI: SMK Chung Hua Miri dinobatkan sebagai juara keseluruha­n bagi pertanding­an perbarisan sempena Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di sini semalam.

SMK Chung Hua Miri turut muncul juara kawad kaki kategori Unit Belia sementara naib juara pula milik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong dan SMK St Joseph (ketiga).

Tidak cukup dengan itu, SMK Chung Hua Miri turut memenangi kategori Kawad Berirama menewaskan SMK St Joseph selaku naib juara dan SMK Lutong (ketiga).

Bagi kategori Unit Link pula, Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong mengunggul­i kategori itu sementara SK Chung San (naib juara) dan SJK Chung Hua Krokop (ketiga).

Sementara kategori pakaian beragam terbaik pula dimenangi SMK St Joseph (Unit Belia) dan SJK Chung San (Unit Link).

Pusat Sunflower Miri juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila pasukan itu muncul juara Kategori Istimewa.

Anugerah lain yang turut disampaika­n ialah Sijil Kepujian 2018 (Belia) dengan penerimany­a masing-masing Easther Tie Jia Ying, Chang Sze Ren, Chang Sze Ying dan Voon Qing Long.

Bagi sembilan penerima Anugerah Sijil Kepujian PBSM ialah Selvaraj Grapragase­m, Chow Su Bee, Salina Farhana Azmi, Tony Jantan, Wong Huang Yew, Chang Huen Nep, Chieng Mee Ling, Angela Charle dan Ting Chiew Hie.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

 ??  ?? BANGGA: Pelajar PBSM SMK Chung Hua Miri menerima piala juara keseluruha­n daripada Dr Chan (tiga kanan) sempena Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di Miri, semalam.
BANGGA: Pelajar PBSM SMK Chung Hua Miri menerima piala juara keseluruha­n daripada Dr Chan (tiga kanan) sempena Perbarisan Tahunan 2018 Hari Palang Merah Sedunia di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia