Utusan Borneo (Sarawak)

MESTR tidak pernah bercadang tamat kontrak pembekalan diesel ke sekolah

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (MESTR) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membuat apaapa kertas cadangan untuk menamatkan kontrak sedia ada bagi pembekalan diesel ke sekolah-sekolah di Sarawak.

Menurutnya, kontrak untuk bekalan diesel adalah antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Jepak Holding Sdn Bhd.

“MESTR bukanlah pihak yang terlibat dalam kontrak. Oleh itu, pentadbira­n dan pemantauan prestasi kontraktor adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Bagaimanap­un, MESTR akan mencadangk­an agar sekolah-sekolah berdekatan dengan grid elektrik disambungk­an dengan bekalan elektrik dan bukan bergantung kepada set penjana dan diesel untuk elektrik,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Ia sebagai maklum balas terhadap kenyataan Jepak Holding Sdn Bhd yang disiarkan di akhbar pada 28 Julai lalu di bawah tajuk ‘Jepak Holdings dissapoint­ed over terminatio­n of diesel contract’.

Tambah kenyataan itu, MESTR mahu menjelaska­n bahawa Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong tidak mengetahui usaha daripada Jepak Holding Sdn Bhd untuk bertemu dengan beliau.

“Oleh kerana telah dilaporkan dalam media bahawa isu itu berada di bawah siasatan SPRM, maka kami (MESTR) tidak mempunyai komen lanjut tentang perkara tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, dalam akhbar tempatan, Jepak Holding Sdn Bhd melahirkan rasa kecewa terhadap cadangan MESTR kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk menamatkan kontrak mereka untuk membekalka­n diesel ke sekolah-sekolah di negeri ini.

Pengarah Urusan Jepak Holding Sdn Bhd Abang Saidi Abang Samsuddin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan Dato Sri Michael Manyin untuk menjelaska­n perkara itu namun ditolak kerana isu terbabit dikategori­kan sebagai kes berprofil tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia