Utusan Borneo (Sarawak)

RM200 juta untuk bekalan air Balingian-Daro

Projek hubungkan semua kawasan pesisir dimaksudka­n dengan kemudahan air bersih

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan RM200 juta untuk menaik taraf projek bekalan air di sepanjang kawasan Balingian-Daro.

Beliau berkata, projek yang akan dilaksanak­an serta siap dalam tempoh dua tahun itu akan menghubung­kan semua kawasan pesisir dimaksudka­n dengan kemudahan bekalan air bersih.

“Kita akan sambungkan semua kawasan dengan kemudahan air terutama bagi kawasan yang tidak ada akses,” katanya pada Majlis Penangguha­n Pesta Matu 2018 di pekarangan Pasar Matu Lama semalam.

Menurutnya, ia merupakan projek jangka pendek yang akan menyelesai­kan masalah bekalan air bersih di kawasan terbabit.

Bagaimanap­un, projek sistem Grid Bekalan Air Sarawak

Kita akan sambungkan semua kawasan dengan kemudahan air terutama bagi kawasan yang tidak ada akses. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

juga akan dilaksanak­an tetapi ia untuk penyelesai­an jangka panjang untuk disiapkan.

“Kedua-dua projek akan dilaksanak­an untuk memastikan kesejahter­aan rakyat di kawasan ini,” jelasnya.

Abang Johari berkata beliau masih memegang amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepadanya oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem sebelum menghembus­kan nafas terakhir.

“Saya telah berjanji kepadanya untuk menjaga Sarawak dan rakyatnya, itulah yang saya lakukan sekarang,” ujarnya.

Ia termasuk mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) serta penyeliaan terhadap kerja cari gali minyak dan gas di negeri ini.

Pesta Matu telah bermula pada 26 Julai dan dikunjungi sekitar 5,000 pengunjung sepanjang ia berlangsun­g.

Abang Johari turut menyerahka­n geran tanah lot kampung tradisi untuk beberapa kampung di Matu serta menyaksika­n pertanding­an akhir Mini Regatta sebelum memeriksa beberapa projek yang sedang dijalankan.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Datuk Juma’ni Tuanku Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab.

Sementara itu, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya mengatakan bahawa kerajaan negeri sebenarnya menanggung kos sekitar RM6 juta setahun untuk merawat bekalan air di daerah Matu.

“Kos membeli bahan kimia untuk memproses bekalan air terawat adalah menjang- kau RM500,000 sebulan,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanak­an demi memastikan kesejahter­aan rakyat.

 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n geran kepada salah seorang penerima lot tanah tradisi sambil disaksikan yang lain.
TERIMALAH: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n geran kepada salah seorang penerima lot tanah tradisi sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia