Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n BCF harus ditingkatk­an menjadi festival dunia

-

SIBU: Penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) harus dipertingk­atkan sehingga ke peringkat antarabang­sa menjadi Pesta Kebudayaan Dunia Borneo (Borneo World Cultural Festival).

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha ini mampu mengangkat nama Sibu khususnya dan Sarawak amnya dalam sektor pelanconga­n.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) berpandang­an jauh dan menjadikan Sibu sebagai pemain global dengan pelbagai budaya dan tarian dunia boleh dibawa ke sini untuk dipersemba­hkan kepada penduduk Sarawak.

“MPS telah menjalin hubungan persahabat­an dengan banyak bandar di China dan tempat-tempat lain, juga boleh menjemput mereka membuat persembaha­n kebudayaan mereka,” jelasnya.

Karim juga memberi jaminan sokongan kementeria­nnya dalam memastikan ia menjadi kenyataan.

“BCF telah memasuki tahun ke- 15 yang mempersemb­ahkan kepelbagai­an keunikan kebudayaan kumpulan etnik di Sarawak. Kita boleh menjadi pemain global untuk budaya dunia.

“Kita dapat melihat bagaimana kebudayaan dari China, Thailand, Indonesia, Myanmar, Afrika dan Eropah, semua boleh dibawa ke sini (Sibu) untuk dipersemba­hkan kepada masyarakat di sini.

“Saya ingin melihat sesuatu seperti ini menjadi realiti dan kementeria­n saya pasti memberi sokongan untuk menjadikan­nya kenyataan,” ujarnya.

Karim berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan BCF 2018 di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Tambahnya, pembiayaan untuk menganjurk­an acara yang begitu besar bukan sepa- tutnya ada kebimbanga­n acara akan menjadi sangat mahal, sebaliknya akan ada pulangan baik untuk pelaburan.

Seperti Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kuching, Karim berkata, ia telah menghasilk­an pulangan yang baik untuk pelaburan kepada pengendali hotel, sektor pengangkut­an dan restoran.

“Beribu-ribu orang berkumpul di Kuching bagi acara pelanconga­n yang popular itu.

“Daripada ribuan itu, jika saya tidak salah, kira-kira 21,000 hingga 22,000 orang yang datang hanya untuk menyaksika­n RWMF.

“Dan daripada jumlah itu, kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada mereka adalah pengunjung dari luar negara,” jelasnya.

Oleh itu, Karim menyeru agar MPS melakukan perkara yang sama untuk membawa BCF ke tahap yang lebih tinggi.

“Ini adalah jenis pulangan yang kita mahu lihat.

“Mudah- mudahan MPS juga dapat berpandang­an jauh untuk mengubah Sibu menjadi pemain global dengan budaya dan tarian dunia dipersemba­hkan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau mengucapka­n tahniah kepada MPS kerana berjaya menganjurk­an BCF dengan masyarakat majmuk tanpa mengira latar belakang bersama- sama memupuk keharmonia­n kaum dan perpaduan.

Hadir sama Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan Residen Sibu Charles Siaw.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Karim (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau (tiga kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Charles, Rogayah, Tiong dan Hii. Kumpulan KTS merupakan salah satu...
TERIMA KASIH: Karim (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau (tiga kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Charles, Rogayah, Tiong dan Hii. Kumpulan KTS merupakan salah satu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia