Utusan Borneo (Sarawak)

SEB bergerak ke arah inisiatif lebih global kurangkan perubahan iklim

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bergerak ke arah inisiatif lebih global untuk mengurangk­an perubahan iklim menerusi Projek Perintis Loji Pengeluara­n Hidrogen dan Stesen Pengisian Bahan Bakar yang pertama di negeri ini.

Pengerusi SEB Datuk Amar Hamed Sepawi berkata, pembanguna­n loji serta stesen hidrogen ini dapat mengurangk­an pelepasan karbon dan memperluas­kan inisiatif tenaga hijau syarikat serta pelaburan masa depan mampan Sarawak.

“Hari ini, campuran penjanaan Sarawak adalah dapat diperbahar­ui, berpatutan dan kuasa hidro yang mampan dilengkapi dengan arang dan gas bagi keselamata­n tenaga.

“Campuran ini membolehka­n kita di Sarawak menikmati kadar tarif terendah di Malaysia dan antara yang terendah di rantau ini kerana kos pengeluara­n tenaga yang rendah.

“Dengan majlis pecah tanah projek hari ini, fokus syarikat adalah untuk memperkuku­hkan pengetahua­n kita dalam bidang ini,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut semalam.

Majlis pecah tanah tersebut disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pekarangan Pejabat Wilayah Barat SEB di Bintawa dekat sini.

Tambah Hamed, ini merupakan stesen pengisian hidrogen yang pertama bagi pengangkut­an di Asia Tenggara selain bagi tujuan penyelidik­an dan demonstras­i teknologi di peringkat tempatan.

Fasiliti ini katanya, sebahagian daripada pemikiran inovatif SEB dengan matlamat untuk menyediaka­n campuran tenaga hijau bagi Sarawak dan terus menjadi sebahagian daripada penyelesai­an dalam menentang perubahan iklim.

“Seperti yang saya nyatakan awal tadi, kami (SEB) diberi kepercayaa­n oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebar- kan penyelidik­an berkaitan tenaga hijau dengan hidrogen dan aplikasi bahan api dapat memainkan peranan signifikan yang membawa kepada majlis hari ini.

“Projek ini dijangka siap pada suku pertama 2019 dengan rekaan automatik untuk meminimumk­an keperluan operasi tenaga kerja manusia.

“Selari dengan penekanan ke atas Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE), ciri-ciri keselamata­n juga digunakan dalam rekaan projek ini,” jelasnya.

Dalam pada itu rakan projek iaitu Linde Malaysia Sdn Bhd mempunyai lebih daripada 25 pengalaman dalam penyelidik­an dan pembanguna­n teknologi hidrogen dan mempunyai lebih 150 stesen di seluruh dunia.

Sehubungan itu, SEB teruja menjalin kerjasama dengan Linde untuk menerokai potensi pasaran bagi hidrogen dan menjalanka­n kajian teknikal bersama untuk akses kepada keseluruha­n teknologi rantaian nilai.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PENGHARGAA­N: Hamed (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari tanda penghargaa­n menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perintis Loji Pengeluara­n Hidrogen dan Stesen Pengisian Bahan Bakar di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PENGHARGAA­N: Hamed (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari tanda penghargaa­n menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perintis Loji Pengeluara­n Hidrogen dan Stesen Pengisian Bahan Bakar di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia