Utusan Borneo (Sarawak)

Salah laku seksual guru terhadap pelajar lelaki amat dikesali

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullan berkata beliau amat terkilan dan marah dengan kejadian salah laku seksual guru terhadap pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuching, baru- baru ini.

“Saya berasa cukup marah dengan kejadian yang sepatutnya tidak berlaku. Harapkan pagar, pagar makan padi.

“Bilangan mangsa yang terlibat lebih daripada seorang. Sebanyak 17 laporan polis telah dibuat. Salah laku dikatakan telah berlaku sejak 2017,” katanya.

Menurut Fatimah, semua mangsa mengalami tekanan emosi, perubahan tingkah laku ( negatif) dan memerlukan beberapa siri kaunseling.

“Ini adalah gesaan kepada semua pegawai pelindung kanak- kanak, ibu bapa, guru dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) yang tidak hanya memberi perhatian serta berwaspada akan keselAmata­n anak gadis tetapi budak lelaki daripada pemangsa seksual.

“Kerja advokasi kita terhadap pencegahan keganasan seksual terhadap kanak- kanak mestilah inklusif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar pada 14 Julai lepas mengenai 17 laporan polis dibuat terhadap seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Petra Jaya yang didakwa mencabul kehormatan beberapa pelajar lelaki di sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Sarawak SAC Dennis Leong kesemua mangsa berusia 14 hingga 16 tahun.

Guru berkenaan yang berusia 27 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan difahamkan dia merupakan guru disiplin di sekolah berkenaan.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik dan menerusi kenyataan akhbarnya bertarikh 25 Julai 2018, beliau memandang serius isu salah laku seksual dalam kalangan guru dan menganggap ia sebagai satu jenayah berat.

Beliau menegaskan bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat dan aman untuk semua, lebih- lebih lagi untuk anak- anak kita.

S e t e r u s n y a g u r u adalah bertanggun­gjawab untuk mendidik dan membimbing.

“KPM tidak akan bertoleran­si dengan isu- isu jenayah seks di sekolah dan akan mengambil tindakan keras terhadap mana- mana pihak terlibat.

“Sesungguhn­ya, tiada tempat bagi penjenayah seks di sekolah. Justeru KPM menyeru kepada mangsa dan ibu bapa mangsa segera tampil ke hadapan melaporkan apa- apa salah laku seksual oleh guru terbabit,” katanya.

B e l i a u j u g a menekankan, pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu bertindak tegas dan tidak melindungi guru yang terlibat.

Ini kerana katanya, perbuatan melindungi pesalah laku itu hanya akan menyebabka­n lebih ramai pelajar menjadi mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia