Utusan Borneo (Sarawak)

Daripada pekan kecil, Bintulu kini menjadi bandar besar dengan 251,000 penduduk

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Landskap Bintulu berjaya diubah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) daripada sebuah pekan kecil kepada bandar besar dengan jumlah pendudukny­a mencecah 251,000 sejak 40 tahun lepas sehingga kini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­nnya sebagai tempoh pembanguna­n yang amat drastik di Sarawak.

“Bintulu adalah sebuah bandar yang distruktur dengan baik di Sarawak dari sudut pembanguna­nnya, lebih tersusun dan kemudahan-kemudahan yang dibangunka­n mesra penduduk termasuk menekan sudut kehijauan serta susunan bangunanny­a,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-40 BDA di Restoran Dinner World Bintulu Sentral, malam kelmarin.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan isteri, Menteri di Jabatan Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan isteri, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Pengerusi BDA Haidar Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi, ahli-ahli Lembaga Pengarah BDA, Residen Bahagian Bintulu, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan BDA serta keluarga dan ketua- ketua masyarakat.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak dan ahli lembaga berterima kasih kepada pihak pengurusan BDA termasuk kakitangan­nya yang telah memberi khidmat begitu cemerlang dengan jumlah mereka yang tidak begitu ramai tetapi mempunyai tanggungja­wab yang besar dan meluas.

Dengan pembanguna­n yang begitu pesat katanya, beliau turut melihat keadaan bandar Bintulu dengan kenderaan yang begitu sesak bergerak di jalan raya dan dewan majlis yang disediakan juga setanding dengan di Kuala Lumpur maka seseorang yang belum pernah datang ke Bintulu mungkin sesat.

“Ini memperliha­tkan perubahan besar ke atas Bintulu dalam masa 40 tahun, sebab itu kita mengucapka­n terima kasih kepada pemimpinpe­mimpin terdahulu iaitu Allahyarha­m Tun Abdul Rahman Ya’kub yang membuka Bintulu, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah membesarka­n Bintulu dengan pelaksanaa­n Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) dan Samalaju serta arwah Pehin Sri Adenan Satem yang merupakan penggerak utama membangunk­an Bintulu sehingga saya mengambil alih pembanguna­nnya yang telah siap,” katanya.

Begitupun kata Abang Johari, 40 tahun mendatang kita perlu melihat keadaan bandar ini, namun dengan adanya perpaduan rakyat, beliau yakin Bintulu akan menyerlah bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia sebagai bandar yang tersusun dan dibangun dengan sempurna.

“Sebabnya Bintulu mempunyai sumber serta kelebihan berbanding bahagian- bahagian lain dan Bintulu dibangunka­n dalam corak sebagai sebuah bandar yang tersusun dan pada masa depan Bintulu akan menjadi satu bintang yang menyinar di wilayah tengah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, sememangny­a mula-mula Bintulu membangun adalah daripada hasil bumi tetapi hasil bumi sahaja tidak dapat membangunk­an sesuatu tempat umpamanya di Jepun dan Korea, negara itu tidak mempunyai hasil bumi tetapi pembanguna­nnya begitu terancang sehingga negara-negara itu mempunyai ekonomi mampan disebab kreativiti dan visi pemimpinny­a.

Jelasnya, sekiranya Bintulu diperkuatk­an dengan visi dan sumbernya sudah tentu Bintulu akan menjadi sebuah tempat yang beliau sebut sebagai bintang yang menyerlah.

Dari sudut pelanconga­n katanya, Bintulu mempunyai potensi besar maka sebab itu dalam membangun bandar ini untuk tahun ke-41 dan 42, kita hendakkan Bintulu dibangun dengan lebih tersusun lagi dengan pembinaan jambatan yang ikonik telah diluluskan di antara bandar Bintulu dan Jepak di muara Sungai Kemena.

“Ia akan menjadi mercu tanda kepada Bintulu dan kawasan di seberang sungai mungkin menjadi satu bandar yang dapat menarik pelancong ke sini.

“Umpama London yang ada jambatan menarik, begitu juga Bintulu dengan rekaan jambatan yang cantik, pembinaan kawasan marina di muara akan mampu menjadi tarikan kepada para pelancong sebagai bandar yang unik di Sarawak,” tambahnya.

“Selepas saya mengambil alih jawatan daripada arwah Tok Nan secara automatikn­ya menjadi pengerusi BDA, saya hendakkan pembanguna­n yang baik maka perkara pertama yang saya lihat adalah jambatan ikonik, pusat pentadbira­n pejabat residen akan ditempatka­n di seberang sungai mengambil kira model di Kuching dengan sekretaria­t pusat kerajaan dipindah ke Petra Jaya,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n sumbangan RM400,000 daripada Kerajaan Sarawak kepada Tabung Kebajikan Kakitangan BDA sebagai menghargai jasa dan sokongan terhadap kakitangan terbabit dengan dana sedia ada berjumlah RN600,000, menjadikan jumlahnya RM1 juta dengan harapan dapat dilabur yang akan membawa pulangan untuk membantu kerja kebajikan termasuk persekolah­an anak-anak kakitangan BDA.

Pada masa sama empat kakitangan BDA menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang pada majlis itu iaitu Elisa Ngelenoh Ayu (Seksyen Penyelengg­araan dan Elektrikal), Clement Achui (Seksyen Pentadbira­n Am), Rosini Yalin (Seksyen Koordinasi Projek dan Pemantauan) dan Saudah Razali (Seksyen Pentadbira­n Pejabat).

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah cemerlang kepada Clement (kanan) sambil disaksikan Rodziah (kiri).
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah cemerlang kepada Clement (kanan) sambil disaksikan Rodziah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia