Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah tiba masanya BDA distruktur semula: Rodziah

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) perlu distruktur semula berikutan tanggungja­wab pentadbira­nnya kini semakin meluas sehingga ke kawasan pertumbuha­n kawasan baharu di Samalaju termasuk Tatau dan Sebauh yang telah diangkat sebagai daerah penuh.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, susulan itu operasi BDA akan meningkat berdasarka­n kepada kepesatan bandar Bintulu dan pertambaha­n kawasan pentadbira­n dengan Samalaju sebagai kawasan baharu turut berada di bawah bidang kuasanya.

“Melihat kepada senario ini, penting untuk BDA distruktur semula dalam visinya untuk mencapai sebuah bandar raya pada tahun 2025,” ujarnya dalam ucapan aluan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke- 40 BDA yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Restoran Dinner World Bintulu Sentral, malam kelmarin.

Berdasarka­n kepada keadaan dan tanggungja­wab itu juga kebajikan warga kerja BDA turut diberi perhatian bagi memastikan mereka dapat melaksanak­an tugas dan kerja dengan lancar dan baik.

Katanya, antara kemudahan yang diberikan oleh pihak pengurusan untuk kakitangan­nya ialah kemudahan perubatan, pemilikan rumah, pinjaman kakitangan, skim pembelian rumah dan hadiah galakan pendidikan untuk anak-anak kakitangan.

“Kemudahan tambahan BDA berbanding agensi kerajaan lain ialah pengurusan telah menubuhkan tabung kebajikan kakitangan bawahan BDA yang mana pada 2016 telah diluluskan peruntukan RM500,000 untuk geran pelancaran bantuan tambahan kakitangan gred C dan D,” katanya.

Penubuhan tabung ini katanya, mengambil kira keadaan sesebuah keluarga sama ada suami sebagai kakitangan BDA apabila meninggal dunia menyebabka­n sesebuah keluarga itu hilang sumber pendapatan yang membawa kepada permasalah­an lainnya kepada ahli keluarga kakitangan terbabit.

Jelasnya, sehingga kini dana tabung itu telah bertambah dengan jumlah lebih RM600,000 dan setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai, BDA mengagihka­n wang tunai kepada kakitangan yang bergaji kurang RM2,000 terutama bagi kakitangan yang mempunyai ramai anak sekali gus sangat membantu mereka untuk turut sama meraikan perayaan.

Selain itu katanya, pihaknya turut merancang latihan prapersara­an untuk kakitangan dalam bidang pertanian supaya apabila kakitangan bersara mereka mempunyai aktiviti.

“Sekurang-kurangnya kakitangan yang bersara tidak dilupakan dan mereka juga akan ditawar menjalani aktiviti pertanian dan penternaka­n di ladang yang telah dikenal pasti,” katanya.

Rodziah berkata, pihaknya turut menubuhkan taska untuk anak-anak warga kerja dan telah meluluskan tanah berdekatan perpustaka­an awam untuk pembinaan taska tersebut, selaina melaksanak­an projek ternakan madu kelulut yang telah berhasil mengeluark­an madu terbaik di Tumbina di sini.

 ??  ?? SAMBUTAN: Abang Johari disambut mesra oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip (tiga kanan) sambil disaksikan Rodziah (tengah) dan pengurusan kanan BDA.
SAMBUTAN: Abang Johari disambut mesra oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip (tiga kanan) sambil disaksikan Rodziah (tengah) dan pengurusan kanan BDA.
 ??  ?? PERJANJIAN BAHARU: Chong ditemani Kelvin, Sim dan Leon mengadakan sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak semalam.
PERJANJIAN BAHARU: Chong ditemani Kelvin, Sim dan Leon mengadakan sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia