Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 peserta menyertai Benak Road Trail Run 2018

-

SRI AMAN: Lebih 1,000 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Benak Road Trail Run 2018 anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman di Tebingan Sungai Batang Lupar di sini, semalam.

Jurucakap Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berkata, program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu larian 5 Kilometer (Fun Run), 10 Kilometer (Terbuka) dan 10 Kilometer (Veteran).

Menurutnya, penganjura­n untuk edisi ketiga tahun ini bukan sahaja disertai penduduk dari bahagian Sri Aman malah turut disertai peminat sukan ini dari bahagian Kuching, Betong, Samarahan, Sarikei, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Sambutanme­nerusiprog­ram ini kali amat menggalakk­an dan program ini akan diteruskan lagi pada tahun tahun akan datang,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, Benak Road Trail Run 2018 merupakan salah satu acara sempena Pesta Benak Sri Aman 2018.

“Pesta Benak Sri Aman 2018 akan berlangsun­g di bandar Sri Aman selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 Ogos depan di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

“Objektif utama Benak Road Trail Run ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat tempatan menyertai acara sukan berlari seter- usnya mendidik masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

“Selain itu, ia juga untuk membantu mempromosi­kan Pesta Benak Sri Aman kepada masyarakat setempat yang berada di luar kawasan Sri Aman,” jelasnya.

Terdahulu, upacara perlepasan peserta program disempurna­kan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simangang Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

 ??  ?? MERIAH: Ribuan penduduk menyertai Benak Road Trail Run 2018 di Sri Aman semalam.
MERIAH: Ribuan penduduk menyertai Benak Road Trail Run 2018 di Sri Aman semalam.
 ??  ?? LEPAS: Harden (emapt kiri) dan Mong (tiga kiri) meniup wisel sebagai tanda melepaskan peserta Program Benak Road Trail Run 2018 di Tebingan Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
LEPAS: Harden (emapt kiri) dan Mong (tiga kiri) meniup wisel sebagai tanda melepaskan peserta Program Benak Road Trail Run 2018 di Tebingan Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia