Utusan Borneo (Sarawak)

Royalti minyak 20 peratus Sarawak mesti diguna dengan telus

-

MIRI: Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) menyambut baik pengumuman kerajaan persekutua­n akan menunaikan janji memberi bayaran royalti 20 peratus kepada semua negeri pengeluar petroleum di negara ini.

Dalam kenyataann­ya di sini, semalam DTTG berkata perkara itu menunjukka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad prihatin tentang hak Sarawak dan pengumuman itu merupakan berita yang amat dialu-alukan oleh rakyat negeri ini.

“Kami juga berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan bersyukur dengan berita baik ini, khususnya untuk Sarawak, kerana ia merupakan janji yang ditunaikan dalam masa 100 hari dan suatu langkah yang sangat positif,” kata Ketua Publisiti DTTG Miri Thony Badak.

“Dengan kembalinya perolehan sedemikian ke Sarawak, kita mesti mempunyai akauntabil­iti agar ia tidak disalahgun­akan untuk memperkaya­kan pihak tertentu dan parti politik sahaja.

“Pada masa yang sama ini menunjukka­n bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai niat penuh untuk memenuhi janji-janji yang dinyatakan dalam manifesto termasuk 20 peratus royalti minyak tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, DTTG mencadangk­an agar sebuah jawatankua­sa khas dibentuk oleh kerajaan persekutua­n untuk menyelia perolehan ini.

Di samping itu katanya, Kerajaan Sarawak juga perlu menyenarai­kan projek-projek yang dibina dan yang menggunaka­n dana perolehan 20 peratus royalti minyak tersebut.

“Setiap projek mesti mengemukak­an laporan terperinci dan diaudit untuk mengelakka­n ketirisan dana daripada 20 peratus royalti minyak tersebut,” tambahnya.

Ini kerana katanya, DTTG merasakan adalah penting untuk mengambil kira kepentinga­n akauntabil­iti dan ketelusan apabila kembali kepada autonomi dan hasil negeri ini, supaya ia benar-benar memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan bukan hanya pihak tertentu, atau mana-mana parti politik semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia