Utusan Borneo (Sarawak)

HFMD: Penyelia, guru, pengasuh diingat lebih teliti laksana pemeriksaa­an kanak-kanak

-

KUCHING: Penyelia, guru serta pengasuh kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska) serta taman didikan kanak- kanak ( tadika) di Sarawak diingatkan agar lebih teliti melaksanak­an pemeriksaa­n kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata langkah itu penting agar pengesahan awal dapat dilakukan demi kebaikan bersama.

Ini katanya, merangkumi amalan pemeriksaa­n ke atas tapak tangan, mulut dan suhu badan kanak- kanak oleh guru dan pengasuh sebelum mereka masuk ke kelas.

“Penting juga memastikan kanak-kanak mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas makan, juga selepas ke tandas.

“Persekitar­an tempat kanak- kanak belajar dan diasuh juga mesti dibersihka­n,” katanya sebagai mengulas korban pertama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak tahun ini iaitu kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dalat berkata penyelia, guru dan pengasuh juga perlu melibatkan ibu bapa kanak- kanak dalam mengambil langkah berjagajag­a dengan mengamalka­n kebersihan kanak- kanak juga persekitar­an di rumah.

“Marilah bersama-sama kita berganding bahu menjaga kesihatan dan keselamata­n anak-anak kita,” ujarnya.

Sabtu lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbar berkata seorang kanakkanak meninggal dunia (pada Sabtu) dipercayai akibat HFMD.

Beliau berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan jangkitan paru- paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

Katanya, mangsa mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukka­n tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokan harinya.

Tambahnya kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro pada Jumaat.

Bagaimanap­un, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia