Utusan Borneo (Sarawak)

SFC adakan sesi bengkel bersama pihak berkepenti­ngan di sekitar LHNP

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) telah mengadakan sesi bengkel bersama pihak berkepenti­ngan di sekitar Taman Negara Bukit Lambir ( LHNP) di Hotel Imperial Palace di Miri pada 27 Julai lalu.

Menurut kenyataan medianya semalam, sesi pertemuan itu adalah untuk projek yang bertajuk ‘ Promoting Ecological Sustainabi­lity Through Integratio­n: LHNP and its Surroundin­gs’.

Projek berkenaan dibiayai Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional ( NCTF) yang merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Malaysia dalam mempromosi­kan pembanguna­n mampan.

LHNP menawarkan tapak yang sangat baik untuk projek ini, yang dianggap secara meluas sebagai perwakilan terbaik ekosistem ‘Mixed Dipterocar­p Forest’ di Sarawak dan dikeliling­i penempatan masyarakat setempat dan ladang kelapa sawit.

Objektif program tersebut adalah untuk memupuk pemahaman yang lebih baik dalam kalangan pihak berkepenti­ngan dan komuniti sekitar mengenai pemulihara­an dan penggunaan lestari dengan cara yang sama untuk kepentinga­n semua pihak.

Dalam jangka panjang, perubahan minda ini akan diterjemah­kan dalam tindakan untuk melindungi ekosistem pada pendekatan yang lebih holistik.

Dalam ucapan aluannya Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton, beliau melahirkan rasa gembira dengan penyertaan daripada semua komuniti dan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan, agensi tempatan dan ahli akdemik dalam menetapkan projek itu di landasan betul.

Tambah beliau, SFC sebagai agensi pelaksana berharap dapat menangani masalah yang sama dalam ‘Wildlife Rangers Honor’ serta program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) akan berfungsi seiring dengan projek terbabit dalam mencapai matlamatny­a untuk kesejahter­aan LHNP dan semua komuniti.

Seramai 53 peserta daripada 40 pihak berkepenti­ngan menghadiri bengkel itu dengan dua kertas kerja disampaika­n Dr Roland Kueh Jui daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan Monica Mone Lubong daripada Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia