Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Zayid perlukan rumah sewa di pusat bandar untuk memudahkan bawa anak dapatkan rawatan kesihatan

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaitan untuk mendapatka­n rumah sewa di pusat bandar raya ini bagi memudahkan­nya membawa anak mendapatka­n rawatan kesihatan.

Abang Zayid Abang Zaini, 42, yang bekerja sebagai buruh berkata, dia memerlukan bantuan berkenaan kerana anak bongsunya, Nur Fatin Fatihah yang berumur setahun 11 bulan perlu menjalani pemeriksaa­n rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan setiap bulan.

Lebih menyedihka­n kata Abang Zayid, dia bersama isterinya, Rafidah Ismail, 41 dan anaknya itu sekarang tinggal di bilik sewa yang sempit di tingkat empat sebuah bangunan di Matang Jaya di sini dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

“Akibat kesukaran ini dita- mbah pula dengan pendapatan yang tidak seberapa, saya tidak mampu menyediaka­n kediaman lebih selesa untuk anak bongsu saya yang menghidap penyakit kronik sejak dalam kandungan.

“Justeru, saya merayu kepada pihak berkenaan dan orang ramai supaya dapat membantu keluarga saya mendapatka­n rumah atau flat sewa dengan kadar yang mampu di kawasan berdekatan HUS,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, dia tidak kisah dengan keluasan rumah, asalkan selesa untuk keluargany­a lebih-lebih lagi Fatin yang amat sensitif dan tidak digalakkan bercampur dengan jumlah orang yang ramai.

Sebab itu, kata Abang Zayid, anak-anaknya yang lain terpaksa tinggal bersama nenek mereka di Kampung Lintang ekoran masalah tersebut serta tempat tinggal yang didiami tidak mampu memuatkan mereka anakberana­k.

Bagaimanap­un katanya, beliau tetap tabah berdepan ujian meskipun terpaksa bekerja sendiri demi menyara keluargany­a serta menanggung kos sewa bulanan bilik dan kos perubatan anak bongsunya itu.

“Isteri saya tidak bekerja kerana perlu menjaga Fatin. Dengan pendapatan bulanan saya sekitar RM1,000 itulah saya gunakan untuk menyara kami sekeluarga termasuk membayar kos sewa bilik dan kos rawatan dan perubatan Fatin.

“Namun, ia masih tidak mencukupi walaupun ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan,” katanya.

Abang Zayid memberitah­u, kisah beliau merayu untuk mendapatka­n bantuan rumah sewa di bandar raya ini demi anak bongsunya yang sakit pernah dikeluarka­n dalam akhbar sebelum ini, namun sehingga kini belum ada pihak yang tampil membantu mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan kepada Abang Zayid boleh menghubung­inya di talian 0111674665­7.

 ??  ?? SERTAI KAMI: (berdiri barisan hadapan, dua kanan) Susan, Lorna dan Jocelyn bersama yang lain menunjukka­n borang penyertaan Colour Rush yang akan diadakan pada 23 September nanti.
SERTAI KAMI: (berdiri barisan hadapan, dua kanan) Susan, Lorna dan Jocelyn bersama yang lain menunjukka­n borang penyertaan Colour Rush yang akan diadakan pada 23 September nanti.
 ??  ?? KRONIK: Fatin menderita masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang sejak dalam kandungan.
KRONIK: Fatin menderita masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang sejak dalam kandungan.
 ??  ?? ABANG ZAYID
ABANG ZAYID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia