Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi kumpulan penari Putian kunjungi Tiong

-

KABONG: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong akan menganjurk­an Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) ‘Got Talent’ pada 4 Ogos (Sabtu) ini.

Program berkenaan terbu- ka kepada semua warga emas dan OKU di bahagian ini dan berlangsun­g di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Beberapa acara lain turut diadakan bagi memeriahka­n aktiviti itu seperti pertand- ingan poco-poco, memasak, karaoke dan mewarna.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Pejabat Kebajian Masyarakat Bahagian Betong di talian 083436463 pada waktu pejabat. SIBU: Delegasi kumpulan penari dari Putian, China melakukan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King di sini Jumaat lalu.

Diketuai Timbalan Setiausaha Agung Kerajaan Bandar Putian Xie Jingbing, rombongan terdiri daripada 21 orang mengadakan pertemuan kira-kira 30 minit dengan Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain.

Seramai 12 penari dari Putian mengadakan persembaha­n tarian kebudayaan dari China pada Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Edisi Ke-15 yang berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu.

BCF bermula 19 hingga 28 Julai mempromosi­kan keindahan dalam kepelbagai­an etnik di Pulau Borneo.

Skop utama BCF adalah menyajikan masyarakat Sarawak khasnya di Sibu berasal daripada etnik dan latar belakang berbeza dengan acara tarian, muzik, permainan dan makanan tradisiona­l.

 ??  ?? KONGSI IDEA: Tiong (tengah) semasa menerima kunjungan delegasi dari Putian, China diketuai oleh Xie.
KONGSI IDEA: Tiong (tengah) semasa menerima kunjungan delegasi dari Putian, China diketuai oleh Xie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia