Utusan Borneo (Sarawak)

DESB derma RM20,000 daripada penganjura­n golf amal

-

MIRI: Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) telah menganjurk­an Kejohanan Golf Amal di Kelab Golf Miri (KGM) kelmarin sempena kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar (QHSSE) syarikat tahun ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutifn­ya Datuk James Ling berkata, hasil daripada penganjura­n aktiviti itu dijadikan dana membolehka­n syarikat melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) iaitu membantu golongan memerlukan.

Sejumlah RM20,000 berjaya diperolehi dan daripada jumlah itu, RM10,000 masing-masing didermakan kepada keluarga mangsa letupan gas di Senadin dan kanak- kanak istimewa di bawah jagaan Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS).

“Sebagai syarikat tersenarai awam untuk tempoh 10 tahun, kami kerap menganjurk­an aktiviti sebegini dan hasil derma yang dikutip akan didermakan kepada pelbagai badan kebajikan termasuk Hospital Miri,” jelasnya.

Selain golf amal, turut dianjurkan sempena QHSSE syarikat ialah gotong-royong membersihk­an pantai di Pantai Marina Central Park pada 30 Jun, kempen derma darah di ibu pejabat DESB pada 4 Julai dan Labuan pada 4 Ogos, program sekolah angkat di SK Lambir pada 19 Julai dan program penurunan berat badan The Biggest Loser dari 1 Julai hingga 31 Disember.

Menurut James, beliau begitu sensitif terhadap keperluan dan kebajikan golongan memerlukan.

“Saya bersetuju terhadap penganjura­n program ini tanpa perasaan ragu-ragu untuk membolehka­n kita membantu mereka yang kurang bernasib baik,” jelasnya.

James gembira atas sokongan padu pelbagai pihak yang tampil menyumbang untuk tujuan baik ke arah kesejahter­aan masyarakat.

Beliau berharap semangat saling bantu membantu itu akan terus hidup, yang amat diperlukan oleh syarikat untuk menjaya dan memperluas­kan aktiviti CSRnya.

Hadir sama, Kapten KGM Ivan Pui.

 ??  ?? BERAMAL: James (tengah) bersama wakil penerima derma, kakitangan dan pemain golf semasa majlis di KGM kelmarin.
BERAMAL: James (tengah) bersama wakil penerima derma, kakitangan dan pemain golf semasa majlis di KGM kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia