Utusan Borneo (Sarawak)

Dana daripada penganjura­n jogaton dicadang diderma kepada badan amal

-

SIBU: Naib Setiausaha Lembaga Pengurusan SMK Tung Hua, Kapitan Ting Tien Tiong mencadangk­an kepada sekolah mereka agar memperuntu­kkan sebahagian dana diperolehi dariapad penganjura­n jogaton tahunan didermakan kepada badan amal tempatan.

Beliau menambah, badan amal tempatan antara lain termasuk Persatuan Kanser Sibu, Persatuan Autisme Sibu dan sebagainya.

“Setakat yang saya tahu, dana diperolehi daripada jogaton tahunan digunakan terutama untuk kebajikan sekolah.

“Dengan mendermaka­n sebahagian daripada dana diperolehi akan membantu pemimpin-pemimpin organisasi amal menjalanka­n kerja mulia kepada masyarakat kita,” katanya.

Beliau bercakap ketika merasmikan Jogaton SMK Tung Hua anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tung Hua dan Persatuan Alumni SMK Tung Hua di sini, kelmarin.

Ting menegaskan bahawa sikap sedemikian menjadi lebih mulia sekali gus menjadikan jogaton tahunan mereka lebih bermakna.

Hadir sama Presiden Kelab Rekreasi Ta Ann Ling Kok Wei, Presiden Persatuan Alumni SMK Tung Hua Teresa Wong dan Pengetua SMK Tung Hua Goi Nguok Yew.

Sementara itu, seperti tahun-tahun lalu Ta Ann Hold- ings Berhad menyumbang sejumlah RM10,000 kepada Persatuan Alumni SMK Tung Hua bagi menjayakan jogaton tersebut.

Sehubungan itu, Teresa mengucapka­n penghargaa­n kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Datuk Wong Kuo Hea atas kemurahan hatinya membantu dana sekolah membolehka­n mereka menjalanka­n sebarang bentuk aktiviti atau projek yang memberi faedah kepada semua.

 ??  ?? KOTOR: Keadaan longkang monsun berdekatan rumah Balang di Desa Pujut 2, Lorong 1F/3-4 yang kotor serta memerlukan tindakan segera.
KOTOR: Keadaan longkang monsun berdekatan rumah Balang di Desa Pujut 2, Lorong 1F/3-4 yang kotor serta memerlukan tindakan segera.
 ??  ?? PEMENANG: Pemenang merakam kenangan bersama penganjur Jogaton SMK Tung Hua di Sibu, kelmarin.
PEMENANG: Pemenang merakam kenangan bersama penganjur Jogaton SMK Tung Hua di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia