Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 211 peserta sertai pertanding­an menembak

-

MIRI: Seramai 211 peserta menyertai Pertanding­an Menembak Jatuh Piring antara tetamu kenamaan dan jemputan bersama Skuadron 6 70 Rejimen Askar Jurutera Diraja ( RAJD) di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Lambir di sini kelmarin.

Antara tetamu kenamaan dan jemputan hadir ialah Pegawai Memerintah 70 RAJD Leftenan Kolonel Datuk Mohd Razif Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah Skuadron 6 Mejar Azhari Mokhtar, Pemerintah Kedua Skuadron 6 Sarawak Kapten Azhisham Azhari, Pengurus Kanan Stesen Kuasa Sarawak Energy Berhad (SEB) Kawasan Utara Miri Erang Ngang serta jemputan kakitangan SEB.

Program bermula jam 8 pagi dengan taklimat senjata dan keselamata­n senjata, kemudian diikuti pengundian urutan bertanding melibatkan empat orang dalam satu kumpulan.

Pertanding­an melibatkan peserta menembak pada jarak sejauh 120 meter dengan 15 peluru.

Dalam pada itu, dua kumpulan terdiri pengamal media yang turut dijemput menyertai pertanding­an mengambil peluang merasai acara menembak itu.

Di Sarawak, Skuadron 6 70 RAJD dianggotai kakitangan SEB diberi tanggungja­wab memastikan bekalan elektrik sentiasa berdaya harap dan berfungsi seperti biasa walaupun berlaku peperangan, darurat atau kecemasan.

Malah, dengan perkembang­an pesat di Sarawak Skuadron 6 memerlukan lebih ramai penglibata­n kakitangan SEB menyertai 70 RAJD.

Setiap tahun, Skuadron 6 melaksanak­an Latihan Kem Tahunan memantapka­n ilmu ketenteraa­n sebagai persediaan menghadapi situasi, memastikan bekalan elektrik beroperasi baik semasa darurat serta memerlukan kemahiran ketenteraa­n seperti tinjauan, pertahanan, pergerakan taktikal dan pendekatan ketenteraa­n lain.

 ??  ?? TAKLIMAT: Peserta diberikan penerangan mengenai senjata yang digunakan untuk pertanding­an menembak di Miri kelmarin.
TAKLIMAT: Peserta diberikan penerangan mengenai senjata yang digunakan untuk pertanding­an menembak di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia