Utusan Borneo (Sarawak)

300 peserta sertai Larian Amal SAINSri 2018

-

MIRI: Sekolah Menengah (SM) Sains Miri buat pertama kalinya menganjurk­an Larian Amal SAINSri 2018 yang melibatkan lebih daripada 300 peserta menyertain­ya yang diadakan di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

Peserta terdiri pelajar, guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB), kakitangan sekolah, ALUMNI sekolah serta orang awam.

Program ini bagi membuat kutipan dana untuk membantu membangunk­an aktiviti SM Sains Miri di samping kerja amal yang memberi sumbangan kepada pelajar fakir miskin.

Pengetuany­a Dzul Badzli Abdullah berkata inisiatif ini memantapka­n prestasi akademik pelajar- pelajar sekolah tersebut dan kini SM Sains Miri berada antara 20 terbaik seluruh negara dalam prestasi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2017.

“Di samping itu, SM Sains Miri juga berada di tangga kedua SPM 2017 dan antara lima terbaik dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) 2017 bagi Sarawak.

“Untuk mengekalka­n prestasi itu, sekolah ini mengambil inisiatif mengumpul dana memastikan program akademik mampu bergerak selaras dengan keperluan dan kehendak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, selain pencapaian akademik, SM Sains Miri juga menggunaka­n dana itu bagi meningkatk­an pencapaian kokurikulu­m.

Hadir sama pada program tersebut Kaunselor Aries Leong dan Yang Dipertua PIBG SM Sains Miri Nazri Datuk Ahmad Lai.

Acara dimulakan dengan senamrobik zumba selama 15 minit, kemudianny­a pelepasan larian jam 6.30 pagi dengan jarak larian lima kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia