Utusan Borneo (Sarawak)

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta aktifkan bilik operasi

-

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengaktifk­an bilik operasi ekoran gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang melanda beberapa kawasan di Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia jam 5.47 pagi waktu tempatan, Ahad.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata, rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembang­an terkini.

“Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubung­i pihak Kedutaan menerusi e- mel mwjakarta@ kln. gov. my/ konsular@ gmail. com atau nombor telefon + 6221522494­7 dan + 6281380813­036 ( WhatsApp),” tambah kenyataan itu.

Kementeria­n Luar melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada sekitar Bali, Indonesia bagi memastikan keselamata­n mereka ekoran gempa bumi berkenaan.

Tambahnya, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahka­n seorang rakyat Malaysia terkorban manakala enam lagi cedera dalam gempa bumi itu.Kesemua mangsa berada di kaki Gunung Rinjani ketika kejadian.

Tambah Wisma Putra, pihak berkuasa tempatan Indonesia telah menghubung­i Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan proses memberi bantuan kepada mangsa giat dijalankan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta juga telah menghubung­i waris mangsa berhubung kejadian ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menyebut bahawa, setakat ini pihak berkuasa tempatan Indonesia mengesahka­n seramai 10 orang meninggal dunia manakala 40 lagi cedera dalam gempa bumi itu.

Sementara itu, koresponde­n Bernama di Jakarta melaporkan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini menyelaras tindakan bersama polis Indonesia dan Badan Nasional Penanggula­ngan Bencana (BNPB) bagi membantu rakyat Malaysia yang terbabit bencana gempa bumi itu.

Menurut kenyataan kedutaan, semua rakyat Malaysia yang terkandas di Lombok masih dikenal pasti.

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifk­an Bilik Operasi untuk rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular,” kata kenyataan itu.

Seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa itu dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, bersama 17 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung berapi Rinjani.

Mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan, manakala enam lagi turut dilaporkan cedera.

Maklumat lengkap berhubung mangsa dan kumpulan pendaki dari Malaysia itu masih belum diperoleh sepenuhnya dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga masih berusaha mendapatka­n maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Gempa bumi kuat itu menggoncan­g wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok menyebabka­n penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiar­an meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa itu terjadi berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10km, hingga menyebabka­n kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok Timur dan Kabupatan Lombok Utara.

Setakat jam 2 petang semalam pihak berkuasa Indonesia mengesahka­n 40 orang dilaporkan cedera parah dan luka ringan manakala 10 orang disahkan meninggal dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia