Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Malaysia terkorban gempa di Lombok dalam misi pendakian gunung Rinjani

-

JAKARTA: Rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Nusa Tenggara Barat semalam dilaporkan dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.

Mangsa yang setakat ini hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, menyertai 17 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung itu.

Menurut Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahma­n, mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.

“Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat,” katanya.

Maklumat lengkap berhubung mangsa dan kumpulan pendaki dari Malaysia itu belum diperoleh sepenuhnya.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga masih berusaha mendapatka­n maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.

Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan ketinggian 3,726 meter adalah sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Rinjani seluas 41,330 hektar yang popular dengan keindahan semula jadinya.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncan­g wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi semalam menyebabka­n penduduk kawasan itu bertempiar­an meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada jam 5.47 pagi dan berpusat 28 km barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10km.

Menurut BMKG, berlaku 31 gegaran susulan di bawah 5 skala Richter selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia