Utusan Borneo (Sarawak)

Isu LTTE: Ramasamy hadir perbincang­an bersama Mujahid dan Mufti Perlis di JAKIM

-

BUTTERWORT­H: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P.Ramasamy akan hadir ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya petang ini untuk membincang­kan mengenai isu dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ramasamy berkata pertemuan pada jam 3.30 petang yang diatur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu akan turut dihadiri Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Mediasi akan dilakukan oleh Datuk Dr Mujahid dan ini adalah perjumpaan tertutup. Perbincang­an ini adalah satu usaha yang diambil oleh Datuk Dr Mujahid. Saya memang terbuka dalam hal ini dan saya hormati usaha Datuk Dr Mujahid. Ini (perbincang­an) bukan satu perkara luar biasa.

“Kalau ada peluang untuk perbincang­an kita boleh berjumpa dan mungkin diselesaik­an...perjumpaan ini saya alu-alukan. Ini adalah satu isu penting dalam demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaia­n cermin mata percuma kepada 500 warga emas dan pelajar sekolah oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini semalam.

Ditanya sama ada pencer- amah agama terkemuka Dr Zakir Naik akan turut serta dalam pertemuan itu, beliau berkata pertemuan itu tidak melibatkan Dr Zakir.

Mengulas mengenai demonstras­i oleh beberapa kumpulan yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar pada Jumaat lepas, Ramasamy berkata itu adalah perkara biasa dalam suasana politik bebas dan beliau tidak mempunyai masalah asalkan mereka mengikut undangunda­ng.

Katanya isu itu kini dalam siasatan polis dan beliau menyerahka­n sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.

“Polis sudah ambil kenyataan saya minggu lepas dan sebelum itu lagi. Setakat ini saya tidak terima apa-apa ugutan berhubung perkara ini. Kalau saya terima ugutan saya akan laporkan kepada polis,” katanya.

Sebelum ini, Mujahid dilaporkan sedia menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesai­kan konflik pertikaian antara Dr Zakir dan Ramasamy susulan cadangan penganjura­n perdebatan secara terbuka antara penceramah agama terkemuka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu oleh Mufti Mohd Asri bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia