Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tangani isu LGBT dengan pendekatan proaktif

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgende­r (LGBT) daripada terus berleluasa, sekali gus membantu mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan normal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata dengan menyantuni golongan itu secara berhemah dan pendekatan kasih sayang, ia diyakini dapat menarik golongan itu daripada terus mengamalka­n gaya hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka terus terjebak dalam lembah kehinaan.

Katanya pendekatan kekerasan dengan menggunaka­n undang-undang dilihat tidak mampu membendung penularan gejala sosial itu malah ia semakin membimbang­kan apabila statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati 80 peratus daripada golongan transgende­r terlibat dalam industri berkaitan seks.

“Untuk menyelesai­kan masalah ini, kita kena keluarkan mereka terlebih dahulu dari industri itu dan ini tidak akan berlaku sehinggala­h kita ada sikap lebih terbuka untuk bantu dan bimbing mereka... itu lebih penting berbanding masalah pakaian dan lain-lain.

“Kita tidak mahu hanya menggunaka­n undang-undang kerana kelompok ini perlu didekati untuk kita memahami apa masalah yang melingkari hidup mereka dan bagaimana kita boleh bantu mereka supaya kembali kepada fitrah yang Allah jadikan antara lelaki dan perempuan,” katanya selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontempora­ri 2018, di sini semalam.

Pada persidanga­n Dewan Rakyat 23 Julai, Mujahid berkata undang-undang sedia ada melarang golongan itu mengamalka­n gaya hidup mereka.

Menikmati hak sama rata sebagai warganegar­a, golongan LGBT tidak boleh didiskrimi­nasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

Isu LGBT menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan Islam melarang sekeras-kerasnya cara hidup songsang kalangan umatnya namun dalam masa yang sama terdapat pihak yang mahu golongan ini tidak ‘diganggu’ atas alasan ia adalah hak asasi manusia.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata kerajaan akan terus mempergiat­kan penganjura­n kempen, seminar atau kem bagi mendekati golongan berkenaan dan keluarga yang mempunyai anak tergolong sebagai LGBT.

“Ibu bapa juga kena ada kesedaran supaya gejala ini dapat dibendung dari awal… kami bersedia membimbing kerana kita ada kepakaran yang boleh disumbangk­an untuk sama- sama mengatasin­ya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata Terengganu serius menangani gejala LGBT terutama golongan ‘mak nyah’ dan akan terus mengadakan pelbagai usaha termasuk membuka peluang pekerjaan bagi mencegah mereka daripada terlibat dalam industri seks.

“Insya Allah, hujung Ogos ini kita akan temukan mereka dengan agensi kerajaan yang berkenaan untuk nyatakan keperluan yang mereka mahu sama ada kedai atau latihan (Jabatan Hal Ehwal Terengganu), pihak hospital dan NGO yang berkaitan bagi memastikan penjagaan kesihatan kerana dibimbangi golongan ini dijangkiti HIV atau AIDS kesan daripada kehidupan songsang yang diamalkan sebelum ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mujahid pada sidang media selepas perasmian Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontempora­ri 2018 di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Mujahid pada sidang media selepas perasmian Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontempora­ri 2018 di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia