Utusan Borneo (Sarawak)

Selain remaja 13 tahun, suspek mengaku merogol tiga gadis lain

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang terlibat beberapa kes rogol selepas memperdaya gadis menerusi laman sosial Wechat berjaya ditahan polis di sebuah pusat beli-belah di Perai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 2 petang dipercayai ketika sedang menunggu seorang lagi mangsa yang dikenaliny­a menerusi Wechat.

“Hasil maklumat dan bantuan orang awam, polis berjaya menahan lelaki itu dan merampas sebuah telefon bimbit yang digunakann­ya untuk memperdaya gadis-gadis dengan mendakwa menjual ubat membesarka­n payudara.

“Suspek juga menerusi Wechatnya menyamar sebagai wanita dan akan menyuruh pembeli yang membeli ubatnya menghantar gambar payudara untuk melihat sama ada terdapat perubahan selepas memakan ubat tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, selepas itu lelaki berkenaan akan memaksa pembelinya datang ke pusat beli-belah tersebut dan jika ingkar dia akan menyebarka­n gambar payudara mangsa sebelum membawa ke sebuah kedai kosong di tingkat empat dan merogol gadis tersebut.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa terbaharu lelaki itu adalah seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa dipaksa suspek untuk datang ke pusat beli-belah berkenaan sebelum merogolnya, malah lelaki tersebut turut mengugut akan menyebar gambar bogelnya jika dia membuat laporan polis.

Katanya, mangsa yang merupakan anak tunggal bertindak membuat laporan polis selepas keluargany­a mengetahui mengenai kejadian tersebut.

“Selain remaja perempuan berusia 13 tahun itu, suspek turut mengaku merogol tiga gadis lain dengan menggunaka­n modus operandi yang sama. Dia kini direman selama

Suspek juga menerusi Wechatnya menyamar sebagai wanita dan akan menyuruh pembeli yang membeli ubatnya menghantar gambar payudara untuk melihat sama ada terdapat perubahan selepas memakan ubat tersebut. ” ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid Ketua Polis Daerah SPT

enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak Disember lepas dan Nik Ros Azhan meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa lelaki itu agar tampil membuat laporan polis.

Dalam perkembang­an lain, Nik Ros Azhan berkata dua lelaki geng curi motosikal dan pecah rumah ditahan polis di Taman Sejahtera di sini kirakira jam 3.40 pagi kelmarin.

“Dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan ketika sedang menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an dipercayai sedang mencari rumah di taman tersebut untuk mereka pecah masuk,” katanya.

Katanya hasil pemeriksaa­n ke atas dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau itu, polis merampas sarung tangan, besi pencungkil tayar, pemutar skru, playar dan satu set dril yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUMPA: Anggota pasukan penyelamat berjaya menemui dua lagi mayat dalam kejadian 24 mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Penyusup, di Kota Tinggi, semalam.
— Gambar Bernama JUMPA: Anggota pasukan penyelamat berjaya menemui dua lagi mayat dalam kejadian 24 mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Penyusup, di Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia