Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buru guru didakwa cabul pelajar

-

JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kulai bagi membantu siasatan berkaitan kes cabul terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, April lepas.

Berdasarka­n laporan mangsa, guru lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 11 April dan 22 April lepas.

Kejadian kali pertama berlaku di sebuah bilik perpustaka­an sekolah berkenaan di mana guru tersebut meminta pelajar berkenaan menanggalk­an baju dengan alasan untuk membuat pemeriksaa­n badan.

Guru itu kemudian bertindak mencium bibir pelajar tersebut dan memaklumka­n bahawa perbuatan berkenaan melayakkan pelajar itu untuk menjadi seorang pengawas sekolah.

Pelajar tingkatan tiga itu sekali lagi menjadi mangsa di sebuah bilik di rumah guru berkenaan di mana guru itu mengulangi perbuatan jijik yang sama.

Pelajar terbabit tidak berani bersuara dan hanya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak sekolah pada 26 Julai ( Khamis) lalu ketika guru berkenaan sedang bercuti tanpa gaji selama sebulan.

Atas nasihat pihak sekolah, pelajar tersebut kemudianny­a membuat laporan polis, semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada jam 10 pagi.

Pelajar tersebut kemudian dirujuk ke hospital bagi pemeriksaa­n lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar yang dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

“Kita sedang mengesan guru berkenaan yang ketika ini sedang bercuti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14( a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia