Utusan Borneo (Sarawak)

Polis selamatkan lelaki warga India, mangsa culik

-

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menyelamat seorang lelaki warga India yang diculik dan dikurung di sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Tampoi, di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata lelaki berumur 28 tahun itu diselamatk­an pada jam 4.30 petang selepas polis menerima maklumat berkaitan penculikan­nya daripada Pejabat Suruhanjay­a Tinggi India yang disalurkan kepada Ketua Unit Perhubunga­n Antarabang­sa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Keluarga mangsa ada membuat laporan di India setelah menerima mesej tuntutan wang tebusan daripada penculik.

“Mangsa dilaporkan telah diculik oleh sekumpulan lelaki dan meminta wang tebusan berjumlah RM200,000 untuk pembebasan, jika tidak, diancam bunuh,” katanya menerusi kenyataan di sini malam kelmarin.

Mohd Khalil berkata rakan mangsa yang merupakan seorang lelaki rakyat India juga telah membuat satu laporan polis di Shah Alam, Selangor, pada 12.49 tengah malam kelmarin.

Beliau berkata bertindak atas maklumat berkenaan, polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Tampoi, di sini, pada 4.30 petang kelmarin lalu menemui mangsa yang diikat dan dikawal oleh tiga lelaki warga Pakistan.

Katanya mangsa diselamatk­an dengan didapati tiada kecederaan serius lalu dihantar untuk rawatan lanjut.

“Polis berjaya menahan tiga lelaki Pakistan berusia antara 26 dan 29 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Pihak Suruhanjay­a Tinggi India akan dimaklumka­n tentang kejayaan menyelamat­kan warganya dalam tempoh tidak sampai 24 jam maklumat diterima,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia